Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Oktober 2019

Tiga Model Terbaru GPX Racing Dilancarkan Di Thailand

Pengeluar motosikal terkemuka Thailand, GPX Racing baru-baru ini telah melancarkan tiga model terkini yang cukup menarik iaitu Popz 125, Raptor 180 dan Legend 250 Twin. Majlis pelancaran yang telah diadakan di Bangkok baru-baru ini, ternyata mendapat perhatian jutaan pencinta motosikal di seluruh dunia. Ketiga-tiga model ini membuktikan keupayaan dan kecemerlangan syarikat dari Thailand itu memenuhi kehendak dan permintaan peminat-peminat motosikal.

Popz merupakan sebuah jentera moped yang memiliki rekabentuk cukup segar, moden dan menarik. Sekali imbas, ia mengenangkan kita dengan jentera 'cub' lama yang diubahsuai begitu anggun dan kreatif. Popz yang dilancarkan di Thailand ini didatangkan dengan enjin 125cc dan sistem suntikan bahan api yang memiliki hantaran kuasa yang segar di setiap putaran. Selain  memiliki panel meter digital yang cukup jelas dan mudah dibaca, Popz juga didatangkan dengan pelindung keselamatan kunci utama,sistem ekzos krom dan penyerap hentak kembar di belakang.

Untuk kelihatan lebih garang, model ini menggunakan rim aloi bersaiz 17 inci yang dikawal oleh sistem brek jenis cakera di bahagian hadapan dan jenis gelendong. Dengan adanya pelana Flexi di belakang, pembonceng akan menikmati setiap perjalanan dengan selesa dan meyakinkan. Persoalannya kini... jika Popz memasuki pasaran negara nanti, adakah ia akan didatangkan dengan enjin yang sama atau diganti dengan enjin jenis karburetor bersesaran 110cc?

Raptor 180 pula merupakan sebuah jentera jalanan yang  tegap, menarik, lincah dan selesa. Lampu utama, lampu belakang dan lampu isyaratnya jenis LED yang disempurnakan agar suluhan lebih terang tidak kira siang atau malam. GPX ini turut dilengkapkan dengan panel meter jenis digital bagi memudahkan penunggang melihat segala informasi dalam semua keadaan. Kelancaran kuasa hantaran datangnya dari enjin 180cc sistem suntikan bahan api serba baru.

Rupabentuk luaran tampak menarik dengan corak kevlar berkilat serba baru, sistem ekzos cukup garang, pelana dua ketinggian dan rim-rim aloi. Untuk kejituan tunggangan, Raptor 180 ini menggunakan fork hadapan jenis USD, sistem brek jenis cakera di depan dan belakang. Memang mantap!

Dengan tema The Iconic Reborn, GPX Racing memperkenalkan model retro, Legend 250 Twin yang memiliki rupabentuk menawan hati. Lampu LED di depan direka dengan gabungan citarasa lama dan baru. Legend ini menggunakan panel meter, cermin sisi dan lampu utama berbentuk bulat yang memang tampak serasi dengan bar hendal jenis clip-on. Pelana model ini bukan sahaja selesa tetapi bentuk klasiknya cukup menawan hati.

Ia dikuasakan oleh enjin 250cc, silinder kembar yang cukup memiliki kuasa hantaran yang lancar dan mantap. Antara ciriciri menarik lain yang dimiliki oleh Legend 250 Twin ini ialah tangki minyak ala retro, skima warna menarik, rim-rim jenis aloi, cermin sisi bar hendal, penyerap hentak berkualiti tinggi dan sistem ekzos klasik.

Cantik kan? Menurut GPX Malaysia, ketiga-tiga model ini akan berada di pasaran tahun hadapan. Sabar menanti! RR

Isu Pada

Oktober 2019

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Dari Litar

"I'll Be Back!" - Francesco Bagnaia yakin masanya akan tiba!

Perlumbaan MotoGP pusingan 2 di Argentina baru-baru ini ternyata memberikan kenangan manis buat pasangan adik beradik Marc dan Alex Marquez yang memenangi perlumbaan masing-masing di tempat pertama dan kedua. Platform media sosial 'meletup' dengan pelbagai video aksi kedua-dua pelumba tersebut.