Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 Mei 2023

Yamaha Cygnus Gryphus 2023 Diperkenalkan Untuk Pasaran Jepun

Baru-baru ini Yamaha Jepun telah memperkenalkan model skuter untuk versi 2023 iaitu Yamaha Cygnus Gryphus 125 untuk pasara negara mereka. Skuter ini hadir dengan konsep "Glaring Predator" yang menampilkan rupabentuk agresif dan menawan. Sesuai untuk tunggangan harian terutama di dalam kawasan bandar yang sesak.

Yamaha Cygnus Gryphus 125 dijana dengan enjin 124cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin berteknologikan BlueCore ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 9.0kW(12PS) pada 8,000rpm dan nilai torknya pula 11Nm (1.1kgf m) pada 6,000rpm. Menariknya, model ini turut dilengkapi dengan teknologi VVA.

Selain itu, skuter ini juga disempurnakan dengan sistem Smart Motor Generetor (SMG) di mana enjin akan lebih senyap dan kurang getaran semasa dihidupkan. Panel meternya cukup kemas dengan meter jenis LCD penuh yang memaparkan info-info penting.

Untuk memudahkan pergerakan terdapat ruang simpanan di bawah pelana seluas 28 liter yang boleh memuatkan sebuah topi keledar bersama barangan-barangan kecil. Di bahagaian hadapan pula mempunyai ruangan kecil di sebelah kanan dan terdapat soket pengecas USB 2.0V untuk mengecas telefon pintar ketika menunggang.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada skuter ini ialah penyangkut barangan boleh lipat (sehingga 1kg), kerangka jenis underbone, lampu utama berkembar LED, tangki bahan api 6.1 liter, brek cakera (depan & belakang), sistem ABS dan sistem suntikan bahan api (Fuel Injection).

Yamaha Cygnus Gryphus 125 2023 didatangkan dalam empat warna pilihan iaitu Vivid Yellowish Metallic (Jingga), Deep Purplish Blue Metallic (Biru), White Metallic 1 (Putih) dan Black Metallic X (Hitam). Model ini ditawarkan pada harga 374,00 yen (RM12,313.87) dan akan mula dipasarkan di Jepun bermula 15hb Jun 2023. RR

Info & Gambar: http://yamaha-motor.co.jp

Popular

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Model Baru

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Aveta Malaysia telah memperkenalkan model terbaru untuk pasaran negara iaitu DY115.

Dari Litar

GP Argentina 2025: Marc Marquez Cipta Kenangan

Marc Marquez sekali lagi mencipta sejarah dengan meriah kemenangan yang ke-64 dan yang ke-4 di litar Termas de Rio Hondo selepas tahun 2024, 2016 dan 2019. Kemenangan ini juga membolehkannya menyamai Legenda MotoGP Angel Nieto.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!