Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 12 Mei 2023

BMW Motorrad Memperkenalkan R 1250 R dan BMW R 1250 RS Baru! Harga bermula dari RM114,500

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan dua buah model terbaru iaitu BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS yang hadir dengan beraneka ciri-ciri menarik, spesifikasi moden dan inovatif serta karaktor dinamik sebuah jentera jelajah sport yang mengagumkan.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Warisan ilustrasi BMW Motorrad yang cemerlang telah dicorak melalui inovasi, tahap kemodenan luar biasa dan matlamat untuk memenuhi keperluan para peminat motosikal. Di Malaysia, kita dapat merasai bahang dan semangat warga tempatan terhadap pasaran jentera beroda dua. Ia membakar semangat kami untuk terus meluaskan barisan produk ke pasaran.”

BMW R 1250 R terus membawa legasi jentera roadster dari BMW Motorrad yang terkenal dengan ketangkasan untuk meratah laluan-laluan berselekoh tidak kira menunggang solo atau pun berdua. Model R 1250 RS pula menawarkan pengalaman mengembara manis dengan selesa dan moden.

Kedua-dua model dilengkapkan dengan sistem brek beserta sistem BMW Integral ABS Pro yang dipadankan dengan Dynamic Brake Control (DBC) yang bertujuan untuk menambah kemantapan sewaktu melakukan brek kecemasan dan mengelakkan pengaktifan penggunaan pendikit.

Turut dilengkapkan pada pasangan BMW ini ialah sistem Dynamic Traction Control, Mod Tunggangan termasuk mod ECO terbaru, Kunci Pintar, sistem Dynamic ESA, Shift Assistant Pro, panel meter TFT, soket USB, Cruise Control, sistem perhubungan Intelligent Emergency Call dan sistem navigasi.

BMW telah melengkapkan model-model ini dengan enjin 1,254cc, sistem penyejuk udara/cecair, dua silinder-empat lejang boxer yang berkuasa 100 kW (136 PS) dan tork maksimum 143 Nm. BMW R 1250 R dan R 1250 RS didatangkan dalam varian Sport dan Triple Black bersama warna-warna menarik iaitu Racingblue dan Blackstrom untuk model Triple Black. R 1250 RS Sport memiliki tiga warna menarik iaitu Lightwhite, Racingblue dan Racingred manakala varian Triple Black juga hadir dengan warna Blackstrom.

Harga untuk BMW R 1250 R ialah RM114,500 manakala BMW R 1250 RS bernilai RM118,500. Harga-harga ini tidak termasuk insurans tetapi layak menerima waranti kilang selama tiga tahun dan Program 'Roadside Assistance' juga untuk tiga tahun. RR

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.