Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 7 Mei 2023

WMOTO GEMMA 125 Tiba di Malaysia – RM6,988

Bersempena dengan acara Malaysia Autoshow 2023 yang diadakan di MAEPS Serdang, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd yang merupakan pengedar utama jenama WMOTO di Malaysia telah memperkenalkan model skuter 125cc iaitu WMOTO GEMMA 125.

Skuter ini dilengkapi enjin 117.3cc, satu silinder, empat lejang dengan sistem sejukan udara yang menghasilkan kuasa maksimum 8.31hp pada 7,000rpm dan tork 9.3Nm pada 6,000rpm. GEMMA 125 menggunakan Roller Rocker 13 diameter untuk mengurangkan geseran, ia membantu mengurangkan kerosakan mekanikal serta memanjangkan jangka hayat lengan ayu dan camshaft.

Dibahagian panel meternya, GEMMA 125 menggunakan skrin jenis TFT yang bersaiz 3.4 inci di mana info-info dipaparkan buat penunggang lebih jelas dan mudah dibaca ketika menunggang. Sebagai standart, terdapat soket pengecas USB yang tersedia di ruangan kompartmen hadapan untuk mengecas telefon bimbit.

Bentuk lampu hadapan jentera ini ternyata tampak menarik dengan rekaan  berbentuk berlian yang menyerlahkan lagi ciri-ciri skuter ini. Sistem pencahayaan jentera ini menggunakan suluhan lampu utama jenis LED gred automotif dengan kecerahan 50K candela. Manakala rekabentuk lampu belakangnya digabungkan dengan penggayaan elemen retro.

Sebagai ciri keselamatan tambahan, WMOTO GEMMA 125  dilengkapi dengan sistem kunci pintar atau Passive Keyless Entry (PKE) dengan mempunyai fungsi mula automatic iaitu untuk mengaktifkan dan menyahaktifkan jentera. Di bahagian bawah pelana terdapat ruangan yang boleh memuatkan sebuah topi keledar bersaiz 3/4.

Bagi mereka yang berminat, skuter ini boleh dimiliki dengan harga asas RM6,988 dengan dua pilihan warna iaitu Refined Grey dan Special Purple. Pemilik WMOTO GEMMA 125 turut menerima waranti pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) beserta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.