Aprilia Tuono 660 Factory
Aprilia telah memperkenalkan model jalanan baru iaitu Tuono 660 Factory yang mewarisi ciri-ciri mantap dari model street terulung iaitu Tuono V4 Factory yang memiliki prestasi cukup luar biasa. Aprilia Tuono 660 dihasilkan khusus buat para penunggang motosikal generasi baru yang mahukan sebuah jentera yang mantap dan mudah dikendalikan.
Aprilia Tuono 660 Factory adalah sebuah jentera sensasi yang menjanjikan prestasi cukup mantap dengan nisbah kuasa/berat yang sempurna, kualiti pembikinan yang tinggi dan kepelbagaian sistem elektronik moden.
Model 'Factory' baru ini disempurnakan dengan enjin generasi baru bersesaran 660cc, DOHC dengan hantaran kuasa maksimum setinggi 100hp berbanding 95hp untuk model Tuono 660. Namun begitu, kuasa tork kekal 67Nm pada 8,500rpm dengan tenaga 80% pada putaran 4,000rpm atau 90% apabila mencecah kepada 6,250rpm.
Aprilia ini juga didatangkan dengan sistem kawalan elektronik APRC yang menawarkan Ride-by-Wire dan unit Six-Axis Inertial Platform yang menawarkan pakej elektronik seperti Aprilia Traction Control (ATC), Aprilia Wheelie Control (AWC), Aprilia Cruise Control (ACC), Aprilia Quick Shifter (AQS), Aprilia Engine Braking (AEB), Aprilia Engine Map (AEM) dan Multi-Map Cornering ABS.
Menerusi Mod Tunggangan (5 pilihan), para penunggang Tuono Factory ini bakal menikmati pelbagai jenis tunggangan dan laluan dengan selesa, selamat dan meyakinkan.
Kemunculan model Tuono 660 Factory memang tepat pada masanya, model ini dipertingkatkan lagi dengan grafik Factory Dark yang agresif dan sporty serta kehadiran fairing bahagian ekor yang dicat dengan warna hitam dan merah untuk tampak anggun.
Antara ciri-ciri menarik lain ialah sistem brek cakera jenis Brembo (depan dan belakang), tangki bahan api 15 liter (termasuk bahagian reserve bersaiz 4 liter), fork hadapan Kayaba jenis terbalik, lengan ayun aluminium.
Aprilia Tuono Factory yang baru ini ditawarkan pada harga asas RM73,900 dan untuk melihatnya dengan lebih dekat, kunjungi pusat pengedar Aprilia yang sah seperti Motoplex Petaling Jaya, Motoplex Butterworth dan Motoplex Johor Bharu. RR
Popular