Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 April 2023

Benelli TNT25N 2023 Secara Rasmi Dilancarkan

Benelli Malaysia telah memperkenalkan salah satu barisan model naked daripada siri TNT iaitu Benelli TNT25N. Model ini dibangunkan khas buat para pecinta dua roda yang inginkan sebuah jentera yang berkuasa, mamou milik serta mudah untuk dikendalikan. Terdapat tiga warna pilihan yang menarik antaranya Power Black, Strenght Red dan Golden Yellow.

Benelli TNT25N disempurnakan dengan enjin bersesaran 259cc, silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin dengan sistem transmisi 6 kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 25.5hp pada 9,250rpm dan nilai tork 21.2Nm pada 8,000rpm.

Bahagian hadapan dipadankan dengan sepasang lamu utama yang menawarkan suluhan cukup terang untuk tunggangan pada waktu malam. Manakala lampu isyarat dan lampu belakang pula adalah  jenis LED. Sebagai ciri keselematan, jentera naked ini didatangkan dengan sepasang brek hadapan jenis cakera tunggal bersaiz 260mm dan cakera tunggal 240mm di belakang.

Untuk tunggangan yang selesa dan lancar di sepanjang perjalanan sudah tentu dari segi sistem saspensinya. TNT25N  disempurnakan dengan fork jenis terbalik di bahagian hadapan dan belakang pula menggunakan penyerap hentak tunggal  yang menawarkan hentakan lebih baik dan sempurna.

Benelli TNT25N ditawarkan pada harga asas RM12,998 (tanpa insurans dan cukai jalan). Bagi mereka yang berminat, model ini sudah boleh didapati di semua pusat pengedar sah MForce seluruh Malaysia.  Para pembeli model ini juga akan menikmati  waranti pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti dalam talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Isu Pada

Mei 2023

Popular

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

  • Pandu Uji

    MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

  • Warta Roda

    Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Artikel berkaitan

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Warta Roda

Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

MOT telah menyumbang sebanyak 55 unit motosikal jenama Yamaha Ego Avantiz kepada penduduk terjejas dalam insiden letupan paip gas.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.