Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 April 2023

Triumph Bonneville T120 Black Edisi Terhad DGR 2023

Acara The Distinguished Gentleman's Ride (DGR) telah menyatukan ratusan ribu peminat motosikal gaya klasik dan vintaj di seluruh dunia yang bertujuan untuk mengumpul dana dan kesedaran kesihatan lelaki. Dari tahun ke tahun, acara DGR kini telah menjangkau ke seluruh dunia dengan lebih 90,000 penunggang motosikal turun ke jalan di lebih 800 buah bandar dan berjaya mengumpulkan lebih daripada $37j USD dikumpulkan untuk penyelidikan kanser prostat dan kesihatan mental lelaki.

Triumph telah menjadi rakan kerja rasmi acara DGR ini sejak dari tahun 2014, membawa komitmen untuk kesedaran, meningkatkan penyertaan dan pengumpulan dana untuk menyokong tujuan yang baik ini. Daripada menyediakan sokongan kewangan dan sumber yang telah membantu meningkatkan profil DGR secara global, kepada memberi ganjaran serta manfaat kepada setiap pesertanya.

Salah satu sumbangan pihak Triumph yang paling penting ialah dengan menawarkan pelbagai model daripada rangkaian Klasik Moden Triumph antaranya termasuklah beberapa model unik seperti Triumph Thruxton RS DGR Edition dan model kustom '1959 Legends' Triumph Bonneville T120 dan model istimewa inspirasi gitar Gibson Les Paul Standard yang dianugerahkan kepada kutipan derma tertinggi 2022 lalu.

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 kerjasama yang cukup luar biasa ini, Triumph telah mencipta sebanyak 250 buah motosikal Bonneville T120 Black Distinguished Gentleman’s Ride Limited Edition baru yang eksklusif.

Direka dengan gaya official DGR berwarna hitam metalik dan putih, lengkap dengan logo pada tangki dan panel sisi, perincian emas dan tempat duduk berwarna coklat yang mewah. Setiap satu didatangkan dengan sijil serta ditandatangani oleh pengasas DGR Mark Hawwa dan Triumph Ketua Pegawai Eksekutif Nick Bloor. Jentera edisi 001 akan dihadiahkan kepada kutipan dana tertinggi untuk tahun 2023.

Triumph T120 Black disempurnakan dengan enjin kembar 1200cc, Euro 5 yang berkuasa 79bhp pada 6,550rpm dan tork 105Nm pada 3,500rpm. Model ini juga dilengkapi dengan brek hadapan jenis Brembo berserta sistem ABS generasi terkini.

Antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada model ini ialah Cruise Control, Mod Tunggangan (Rain dan Road), Torque-Assist Clutch, lampu LED, soket pengecas USB dan tangki sebesar 14.5 liter menjanjikan lebih kilometer yang menggembirakan. Triumph juga kini menjadi rakan kerja untuk pakaian rasmi DGR, yang disempurnakan dengan rangkaian pakaian 'lifestyle' edisi terhad untuk meraikan DGR.  RR

Isu Pada

Mei 2023

Popular

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

  • Pandu Uji

    MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

  • Warta Roda

    Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Artikel berkaitan

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Dua remaja maut selepas motosikal bertembung dengan lori treler.

Warta Roda

Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya (LLM) kini sedang membangunkan kemudahan asas yang lebih selamat kepada penunggang motosikal di negara ini.

Dari Litar

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Boon Siew Honda telah mengumumkan nama pasukan baru tahun ini iaitu Honda Racing Malaysia untuk memberi cabaran dalam saingan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC), Superbike World Championship (WSBK), dan Malaysia Superbike Championship (MSBK).

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.