Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Mac 2023

CFMOTO 450SR dilancarkan untuk pasaran negara. Harga bermula dari RM28,888

Untuk terus kukuh dalam pasaran dunia, CFMOTO telah melancarkan model sport terbaru iaitu 450SR di acara Global Media Launch yang diadakan di litar Intercity Istanbul Park di Turkiye.

Model baru ini disempurnakan dengan enjin 449.4cc, 2 silinder, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 34.5kw pada 10,000rpm dan tork 39.3Nm pada 7,750rpm yang menjanjikan pecutan cukup mantap.

Untuk kestabilan dan keyakinan di laluan berselekoh khususnya, CFMOTO 450SR didatangkan dengan fork hadapan jenis USD, brek hadapan jenis Brembo M40 bersaiz 320mm, sistem ABS, sistem slipper clutch dan kerangka yang bertegaran tinggi.

Antara ciri-ciri menarik lain pada model 450SR ialah:

  • Lampu-lampu LED
  • Tinggi pelana 785
  • Winglet (aerodinamik)
  • Lampu-lampu.LED
  • Berat 179kg
  • Brek cakera belakang 220mm
  • Tayar 110/70-R17 (depan), 150/60-R17 (belakang)

Untuk pasaran negara (Malaysia), ia akann ditawarkan pada harga yang cukup menarik iaitu RM28,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). CFMOTO 450SR hadir dengan dua pilihan warna iaitu Zircon Black dan Nebula Black yang akan berada di pusat-pusat pengedar CFMOTO di seluruh Malaysia pada minggu ini. RR

Popular

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

  • Pandu Uji

    MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

  • Warta Roda

    Kementerian Kerja Raya (KKR) Bangunkan Kemudahan Asas Lebih Selamat Buat Penunggang Motosikal

Artikel berkaitan

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

MODA Sporter-S 250: Sesuai Untuk Kegunaan Bandar

Selepas diperkenalkan pada awal bulan Januari lalu, ketibaan model ini di pasaran negara memang agak 'panas'. Macam-macam riaksi yang diterima memandangkan ia adalah jenama terbaru yang diperkenalkan oleh Mdua Motor Sdn. Bhd., anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI).

Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Warta Roda

Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

Seorang lelaki yang dipercayai berang selepas anaknya dilanggar menumbuk pemandu kereta jenis Perodua Axia dalam kejadian di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.