Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 13 Mac 2023

MForce Memperkenalkan WMOTO Bobbie VII

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah memperkenalkan model klasik terbaharu dari WMOTO iaitu Bobbie VII di majlis pembukaan rasmi Mforce Smart Shop Kajang oleh CA Cycle Advance (Kajang) Sdn. Bhd. hari ini. Harga permulaan bagi model ini adalah RM35,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. WMOTO BOBBIE VII hadir dengan dua warna pilihan; Matte Black dan Metallic Black. WMOTO BOBBIE VII ini boleh didapati di mana-mana pengedar sah WMOTO seluruh Malaysia.

Motosikal yang mengimbau suasana klasik ini memiliki enjin dengan sesaran 693cc, 2 silinder dan 4-lejang yang dapat menghasilkan kuasa maksimum 74Hp pada 8,500rpm dan 64Nm pada 6,500rpm. Ketangkasan enjin dibantu oleh sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran bagi menghentikan jentera ini dengan aman.

Penggayaan lampu utamanya yang berbentuk bulat yang menyerlahkan gaya motosikal klasik walaupun ia menggunakan LED penuh di hadapan dan juga belakang serta lampu isyarat yang terang meskipun menunggang di bawah pancaran matahari yang terik. Selain itu juga, WMOTO BOBBIE VII menggunakan paparan meter jenis digital yang memberikan BOBBIE VII lengkap dengan teknologi.


Terdapat pengecas USB yang tersedia untuk mengecas gajet anda. Untuk penunggang, bukan sahaja tempat duduk diperbuat dari bahan yang berkualiti, tetapi ia juga boleh dilaras ketinggiannya mengikut kehendak penunggang. Syabas!

Menambahkan lagi unsur klasik dan mewah, adalah logo “BOBBIE” berwarna emas turut dipahat pada tempat duduk penunggang dan juga penumpang. Kemudian, tangki bahan api pada WMOTO BOBBIE VII memiliki kapasiti seluas 15-liter yang membuatkan penunggang dapat menikmati perjalanan mereka tanpa perlu kerap berhenti di stesen minyak untuk pengisian semula.


Dengan setiap pembelian WMOTO BOBBIE VII, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

CFMOTO 450SR
CFMOTO 450SR

Pada hari pelancaran, pihak MForce juga ada mempertontonkan sebuah model sport iaitu CFMOTO 450SR. Model ini menggunakan enjin 450cc, kembar parallel yang mampun menghasilkan kuasa maksimum 50.5hp pada 9,500rpm dan torknya 39Nm pada 6,500rp.. Antara ciri-ciri lain seperti lampu-lampu LED, meter TFT , dan brek hadapan jenis Brembo. Info lebih lanjut mengenai model ini akan dikongsikan kemudian. RR

Isu Pada

April 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.