Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Mac 2023

BMW R nineT Edisi 100 Tahun Diperkenalkan

BMW Motorrad Malaysia melancarkan jentera retro, BMW R nineT Edisi 100 Tahun dengan tawaran untuk model ini terhad kepada 10 unit sahaja di pasaran Malaysia dan hanya sebanyak 1,923 unit di seluruh dunia. Model BMW R nineT edisi terhad 100 tahun ini juga direka bagi meraikan kekayaan sejarah pembikinan jentera dua roda BMW Motorrad yang kini mencecah ke usia satu abad.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Sebagai ikon ketika dieranya, BMW R nineT telah mengorak langkah sebagai sebuah jentera roadster yang bukan sahaja memiliki rekabentuk cukup menawan tapi juga menawarkan enjin berkuasa tinggi yang terus mengusik jiwa para peminatnya hingga ke hari ini. BMW R nineT ini telah diperhalusi dan dimodenan, namun begitu ia masih mengekalkan tradisi roadster BMW Motorrad.”

BMW R nineT 100 Years didatangkan dengan tangki yang kompak, posisi tempat duduk yang menegak, kemasan luaran berkualiti tinggi serta elemen-elemen penggayaan yang menawan. Warna Black Storm metalik yang menghiasi tangki bersadur krom dan berserta lambang '100 Tahun' merupakan ciri khas bagi edisi jentera 100 Tahun ini. Ilham untuk rekaan ini datangnya dari model R 75/5 yang dikeluarkan pada tahun 1969.

BMW R nineT 100 Tahun ini hadir dengan lampu-lampu LED berserta sistem Daytime Running Light (DRL) yang memberikan pencahayaan cukup terang dan jelas. Sistem elektronik yang bakal dinikmati oleh pemiliknya ialah Automatic Stability Control (ASC) dan Mod Tunggangan (Rain & Road). Ditawarkan pada masa yang sama ialah Pakej Aluminium dengan Tangki Aluminium termasuk juga Pakej 'Comfort' yang mempunyai penambahan Riding Modes Pro, Cruise Control dan Pemanas Pendikit.

Jantung BMW R nineT 100 Years ini ialah enjin Boxer empat lejang berkembar yang bersesaran 1,170cc yang mampu menjana kuasa 80kW (109hp) serta 116 Nm tork. Untuk membekalkan daya cengkaman yang setara dengan kuasanya, BMW menampilkan brek-brek cakera yang cukup cemerlang yang dimantapkan lagi dengan BMW Motorrad ABS Pro.

Harga untuk model edisi terhad ini ialah RM129,500 (beserta 3 tahun waranti, 3 tahun program bantuan, tidak termasuk insurans). Dapatkan informasi lebih lanjut di https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html. RR

Isu Pada

April 2023

Popular

  • Warta Roda

    MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

  • Warta Roda

    Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

  • Dari Litar

    Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

  • Warta Roda

    Insiden Putra Heights: MOT Sumbang 55 Unit Yamaha Ego Avantis Kepada Mangsa Terjejas

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Dengan sejarah yang kaya dengan kejayaan, kerjasama ini kini memulakan lembaran baharu yang menarik. Ekspresi luar biasa terbaru ini akan didedahkan semasa Minggu Reka Bentuk Milano, pada hari esok, 9 April.

Warta Roda

Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

Polis berjaya menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes merusuh menggunakan parang dan pedang samurai dalam kejadian di Jalan Meru Bestari dekat Meru Raya di sini pada Ahad lalu.

Warta Roda

Zynergys & Helios Bekerjasama Dengan Beberapa Pasukan Yang Bertanding di MCP, ARRC dan MSF

Zynergys dan Helios telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pasukan yang bersaing di MCP, ARRC dan MSF Superbike.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!