Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Mac 2023

Husqvarna Umumkan Ketibaan Norden 901 Expedition

Bagi para peminat segmen motosikal lasak khususnya, Husqvarna (Husky) merupakan satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Jenama ini diasaskan di Sweden pada tahun 1903 tetapi kini beroperasi di Mattighofen, Austria. Tahun ini, Husky muncul ke pasaran menerusi Norden 901 Expedition baru dengan beberapa ciri-ciri lebih padu.

Dengan beberapa peningkatan yang terdapat pada model ini, ia membantu menjadikannya sebuah jentera pengembaraan yang lebih cemerlang. Peningkatan paling ketara ialah fork hadapan WP XPLOR dan penyerap hentak belakang XPLOR PDS. Seperti model standard, sistem saspensi Norden 901 Expedition boleh dilaras sepenuhnya, termasuk pra-bebas dan kawalan peredam lantunan.

Model ini disempurnakan dengan enjin 889cc, kembar-parallel dengan kuasa maksimum 105hp dan tork 100Nm. Hadir dengan 4 jenis mod tunggangan iaitu Street, Rain, Offroad dan Explorer.

kredit foto: Husqvarna Motorcycles.
kredit foto: Husqvarna Motorcycles.

Panel meter barunya lebih besar untuk memberikan paparan lebih jelas dan terang sepanjang pengembaraan. Menunggang dalam cuaca yang dingin juga bukan lagi masalah dengan adanya sistem pemanas pelana dan pendikit. Turut diberikan kepada pemilik jentera ini ialah beg sisi jenis lembut (soft luggage) yang bersaiz 36 liter. Versi Expedition juga didatangkan dengan tongkat tengah, pelindung enjin heavy duty, sistem penyambungan Bluetooth dan sistem navigasi.

kredit foto: Husqvarna Motorcycles.
kredit foto: Husqvarna Motorcycles.
kredit foto: Husqvarna Motorcycles.
kredit foto: Husqvarna Motorcycles.

Antara ciri-ciri menarik model ini:

  • pengadang angin jenis 'touring'
  • kerangka trellis jenis keluli Chromium-Molybdenum
  • sistem 'Easy Shift'
  • sistem 'Cornering ABS'
  • sistem 'Cornering-Sensitive Traction Control
  • Power Assist Slipper Clutch (PASC)
  • rim-rim jenis berjejari
  • tangki bahan besar, 19 liter

Model baru Husqvarna Norden 901 Expedition ini dijangkakan ada tiba di pusat pengedar mereka di Eropah pertengahan bulan ini. Harga untuk versi ini adalah £13,599, bermakna lebih £900 berbanding model standard. RR

Isu Pada

April 2023

Popular

  • Warta Roda

    Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

  • Dari Litar

    Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

  • Warta Roda

    Tiga Warna Terbaru Untuk Yamaha Y16ZR ABS 2025

  • Warta Roda

    Tak Puas Hati Kerana Lumba Haram, Sekumpulan Lelaki Merusuh Guna Pedang Samurai

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Boon Siew Honda telah mengumumkan nama pasukan baru tahun ini iaitu Honda Racing Malaysia untuk memberi cabaran dalam saingan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC), Superbike World Championship (WSBK), dan Malaysia Superbike Championship (MSBK).

Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Warta Roda

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-27 Meriah!