Kawasaki Motors Corporation Lancarkan Ninja ZX-4R
Kawasaki Motors Corporation telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan jentera Supersports berprestasi tinggi dalam rangkaian Ninja iaitu Ninja ZX-4R yang menggabungkan kerangka yang tegap serta enjin cukup padu. Turut ditawarkan buat para peminat Kawasaki ialah varian Ninja ZX-4R SE dan Ninja ZX-4RR. Model-model ini dijangka akan berada di pasaran Eropah pada Musim Luruh 2023.
Ninja ZX-4R disempurnakan dengan enjin 399cc sistem penyejuk cecair, DOHC yang mampu memberikan kuasa maksimum setinggi 57kW (77 PS) dan tork 59 kW (80 PS). Rekaan dan pembangunan enjin ini menggabungkan tork di peringkat rendah dan pertengahan yang kuat pada rpm tinggi. Ini adalah untuk menyesuaikan jentera ini untuk tunggangan harian mahupun di dalam litar.
Dari segi casis, konfigurasi tertumpu kepada prestasi pengendalian yang sangat baik dan diilhamkan oleh elemen casis dan konsep rekabentuk Ninja ZX-10RR yang bersaing dalam perlumbaan World Superbike. Ninja baru ini menampilkan rangka jenis trellis keluli tegaran tinggi dan lengan hayun melengkung yang memberikan nisbah berat seimbang serta pengendalian cukup lincah.
Fork hadapan SFF-BP jenis Showa (model Ninja ZX-4R SE dan Ninja ZX-4RR menampilkan mekanisme pelarasan pra-beban) manakala pergerakan bahagian belakang dikawal oleh lengan ayun horizontal back-link, ciri progresif yang sama seperti Ninja ZX-10R yang disepadankan dengan penyerap hentak belakang Showa BFRC-lite juga seperti model Ninja ZX-10R.
Kemantapan proses membrek datangnya dari sepasang brek cakera 290mm (depan) dan cakera 220mm di belakang. Jentera sport baru ini disempurnakan dengan tayar hadapan bersaiz 120/70ZR 17 MC dan di belakang pula 160/60ZR 17MC yang dipadankan dengan pakej brek cakera 290mm (depan) serta 220mm di belakang yang berprestasi tinggi.
Sistem elektronik yang menanti para pemilik Ninja ini ialah mod tunggangan bersepadu KTRC (Kawasaki Traction Control) dan Power Modes. Dengan adanya empat mod berbeza - Sport, Road, Rain dan Rider (Manual), penunggang boleh memilih talaan yang sesuai dengan mudah untuk menikmati kepelbagaian jenis tunggangan. Turut ditawarkan khusus buat pemilik Ninja ZX-4R SE dan Ninja ZX-4RR ialah sistem KQS dua hala (Kawasaki Quick Shifter).
Terdapat dua versi lain yang ditawarkan iaitu Ninja ZX-4R SE dan Ninja ZX-4RR yang memiliki beberapa perbezaan dari segi warna, corak grafik dan sistem elektronik. RR
Popular