Jentera Sport Terbaru, Aveta VZR250. Harga dari RM14,998
Aveta Malaysia telah melancarkan jentera sport pertama mereka iaitu VZR250 yang direka buat para pencinta motosikal berjiwa muda. VZR250 dikemaskan dengan rekabentuk yang moden, garang dan aerodinamik.
Aveta VZR250 disempurnakan dengan enjin 250cc, satu silinder 4 lejang, DOHC sistem penyejuk cecair yang memberikan hantaran kuasa maksimum setinggi 19kW pada 9,000rpm dan tork maksimum 21Nm pada 7,000rpm.
Untuk pergerakan yang lancar dan mantap, model baru ini dilengkapkan dengan fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang. Tayar-tayar bersaiz 110/70-17 (depan) dan 150/70-17 dikawal oleh brek-brek cakera dengan sistem CBS (Combined Braking System) dan sistem Slipper Clutch.
Sistem pencahayaan di depan dan belakang menggunakan lampu-lampu LED yang bukan sahaja berbentuk moden tetapi menawarkan memberi suluhan yang tepat, terang dan jelas. Posisi menunggangnya juga selesa, tidak terlalu membongkok yang membolehkan VZR250 ini digunakan sebagai alat pengangkutan harian. Dengan isian penuh tangki 14 liter, jentera ini mampu ditunggang sejauh 500 kilometer – memang cukup jimat.
VZR250 ditawarkan pada harga asas RM14,998 dengan tiga pilihan warna iaitu Jet Black, Fire Bird Red dan Air Force Blue. RR
Popular