Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 16 Januari 2023

Yamaha EZ115 Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia

Sempena dengan permulaan tahun 2023, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan model moped terbaru mereka untuk pasaran Negara iaitu Yamaha EZ115. Jentera ini merupakan model Yamaha yang serba boleh, sesuai untuk kegunaan harian dan pelbagai lagi. 

Yamaha EZ155 didatangkan dengan enjin silinder tunggal, SOHC, 4-lejang dengan sistem penyejuk udara. Enjinnya mampu menghasilkan kuasa maksimum 6.4kW (8.7PS) pada 7,000rpm dan tork 9.5Nm pada 5,500rpm. Enjin yang bertransmisi 4 kelajuan ini turut dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api serta mematuhi piawaian emesi Euro4.

Terdapat pelbagai ciri-ciri menarik untuk kemudahan para pemilik antaranya lampu utama yang besar untuk pencahayaan lebih jelas ketika menunggang pada waktu malam. Paparan meternya adalah jenis analog yang dilengkapi dengan info-info penting. Selain itu, terdapat juga lampu Eco untuk penjimatan bahan api yang lebih baik. Manakala ruang simpan barang bawah pelana boleh memuatkan barangan kecil seperti dompet, telefon bimbit, baju, baju hujan dan lain-lain.

Untuk keselesaan penunggang saspensi hadapannya menggunakan fork jenis teleskopik manakala belakang hadir dengan penyerap hentak berkembar. Dari segi keselamatan Yamaha EZ115 disempurnakan dengan brek jenis cakera di bahagian hadapan dan belakang brek jenis drum. Antara ciri-ciri lain adalah tangki bahan api bersaiz 3.9 liter, berat 98kg, kerangka jenis Backbone dan tinggi pelana 775mm.

Yamaha EZ115 ditawarkan pada harga bilik pamera disyorkan RM5,598 (tanpa pendaftran dan insurans) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang manaterdahulu). Terdapat tiga warna menarik iaitu Merah, Biru dan Cyan yang berada di semua pengedar sah Yamaha bermula 16 Januari 2023. Para pembeli jentera ini juga akan menerima kunci brek cakera Yamaha secara percuma. RR

Isu Pada

Mac 2023

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.