Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Januari 2023

Honda ADV160 Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia

Sejak diperkenalkan pada tahun 2021 ke dalam pasaran Malaysia, Honda ADV150 berjaya menarik minat para pencinta dua roda di negara ini. Honda ADV merupakan sebuah skuter kembara buat mereka ingin mengembara dan untuk tunggangan harian yang bukan sahaja mudah dikendalikan tetapi menawarkan penampilan yang cukup menawan.

Untuk melangkah dengan lebih jauh lagi, Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya telah melancarkan sebuah model skuter kembara terbaru iaitu Honda ADV160. Jentera ini merupakan kesinambungan daripada model ADV150 dengan mengekalkan identiti sebagai skuter kembara terbaik, tahan lasak dan menawarkan ciri-ciri terkini.

Honda ADV160 didatangkan dengan enjin serba baru iaitu berkapasiti 156.9cc, SOHC, silinder tunggal dengan sistem penyejuk cecair. Model yang menggunakan teknologi eSP+ (Enhanced Smart Power Plus) ini mampu menjana kuasa maksimum 11.8Kw pada 8,500rpm dan nilai torknya 14.7Nm pada 6,500rpm. Skuter ini juga turut disempurnakan dengan Idling Stop System (ISS) untuk penjimatan bahan api ketika berhenti di lampu isyarat atau persimpangan.

Enjin ADV160 turut dilengkapi dengan teknologi terkini iaitu Honda Selectable Torque Control (HSTC). Ciri ini berfungsi untuk mengawal kuasa enjin bagi mengurangkan tork di tayar belakang agar tidak mudah tergelincir.

Antara ciri-ciri lain yang dipadankan antaranya lampu-lampu jenis LED, paparan meter digital serba baru, cermin penghadang angin yang lebih tinggi, tinggi pelana 780mm, ruang bawah pelana 30 liter, soket pengecas USB, tangki bahan api 8.1 liter dan sistem ABS.

Honda ADV160 hadir dalam dua pilihan warna menarik iaitu Vivacity Red dan Mat Charcoal Gray Metallic dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM12,999 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Para pemilik juga akan menerima waranti kilang selama 2 tahun atau 20,000 kilometer yang mana terdahulu. RR

Isu Pada

Februari 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.