Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Disember 2022

WMOTO XDV250i Masuki Pasaran Malaysia - Harga Bermula RM18,888

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar utama jenama WMOTO di Malaysia secara rasmi telah memperkenalkan skuter urban adventure iaitu XDV250i. Model ini merupakan skuter WMOTO bersesaran 250cc ketiga mereka selepas WMOTO RT3 dan WMOTO ES250i. Menggunakan tagline "Ketangkasan Sebenar, XDV250i memiliki rekabentuk yang cukup sporty untuk menampakkan ciri maskulin pada motosikal ini.

Project-X
Project-X

WMOTO XDV250i didatangkan dalam dua varian iaitu Standard dan Project-X, di mana varian standart menggunakan spesifikasi biasa. Manakala untuk Project-X hadir dengan aksesori tambahan dan berbeza dari varian standard seperti cermin penghadang angin yang lebih tinggi, spoke rim tanpa tiub serta terdapat tiga kotak barangan di bahagian sisi dan belakang.

Skuter ini dijana dengan enjin 244cc, 4-lejang, silinder tunggal dengan sistem penyejuk cecair. Enjinnya mampu menghasikan kuasa maksimum 24.8hp pada 8,750rpm dan nilai tork 23.0Nm pada 6,750rpm. Skuter yang dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api ini turut mematuhi piawaian emisi Euro4.

Standard
Standard

Bahagian hadapan skuter ini tampak mantap sekali dengan kehadiran lampu utamanya jenis projekter dan DRL yang menggunakal teknologi LED. Cermin penghadang angin pula boleh dilaras mengikut keselesaan penunggang. Selain itu, XDV250i turut dilengkapi dengan lampu kecemasan. Manakala info penting seperti tahap kejaluan, bahan api, jarak perjalanan dan lain-lain boleh didapati di paparan meter LCD penuhnya.

Untuk keselamatan, WMOTO XDV250i menggunakan brek-brek jenis cakera di bahagian hadapan dan belakang. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran beri keyakinan kepada penunggang semasa membrek dengan kuat. Skuter ini disempurnakan dengan sistem saspensi hadapan KYB jenis USD dan belakang menggunakan penyerap hentak berkembar dengan sub-tank untuk menawarkan keselesaan buat penunggang di jalan-jalan berliku.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada jentera ini adalah tangki bahan api 13.5 liter, socket USB, soket penyambung kuasa12V10A, pemijak kaki anti gelincir, ruang bawah pelana 26 liter, sistem kunci pintar serta ruang simpanan kecil di bahagian hadapan.

WMOTO XDV250i boleh didapati di semua pengedar sah WMOTO seluruh malaysia dengan harga RM18,888 (varian standard) dan RM21,888 (Project-X) tanpa cukai jalan dan pendaftaran. Varian standard mempunyai dua pilihan warna iaitu Admiral Blue dan Scarlet Red. Manakala untuk Project-X hanya hadir dengan satu warna sahaja iaitu Majestic Black.

Dengan setiap pembelian WMOTO XDV250i, para pembeli akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Isu Pada

Januari 2023

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.