Skuter Klasik Benelli Panarea 125 Kini Di Pasaran! Harga asas RM6,888
Jom kita kembali ke zaman silam penuh bergaya dengan Benelli Panarea 125! Ya, itulah model terbaru dari Benelli, menampilkan keanggunan dari segi estetik gabungan kejuruteraan moden dan citarasa klasik. Panarea 125 adalah antara model paling sesuai untuk tunggangan di kawasan urban mahupun di desa.
Model ini memiliki gaya ciptaan Itali yang jelas kelihatan menerusi skima warna yang terang. Untuk pasaran di Malaysia, terdapat empat pilihan warna iaitu hitam, kuning, merah dan putih.
Panarea tampak anggun dengan lampu utama jenis LED cermin sisi bulat, madgad hadapan ala model klasik lama dan sistem ekzos yang sepadan dengan konsep rekaan skuter ini.
Panel meter jenis analog + digital yang memiliki perincian pelbagai fungsi paparan maklumat yang diperlukan. Benelli Panarea 125 juga mempunyai sistem kunci magnetik anti-kecurian yang dapat mengurangkan kebarangkalian kecurian motosikal.
Skuter Benelli ini disempurnakan dengan enjin suntikan bahan api elektronik 124cc, 4 lejang yang berkuasa 8.44hp pada 7,500rpm dan tork 9.2 Nm pada 6,000rpm dengan tangki bahan api 4.6 liter. Panarea 125 dipadankan dengan tayar hadapan bersaiz 100/90-12 dan 110/90-12 di belakang yang dikawal oleh brek-brek cakera yang cemerlang.
Benelli Panarea 125 boleh didapati di semua pengedar Mfroce Best Shop dan SmartShop Premium berdekatan dengan anda. Model ini dijual pada harga asas RM6,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Setiap pembelian akan menikmati waranti kilang untuk 2 tahun atau 20,000 kilometer perjalanan (yang mana terdahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti dalam talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR
Popular