Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 1 Disember 2022

BSA Telah Kembali Dengan Pengenalan Gold Star 650 2022

BSA kembali! Hampir tepat 50 tahun selepas jentera terakhir dilancarkan dari kilang yang beroperasi di Small Heath, Birmingham pada musim panas 1973 dan sekali gus menandakan berakhirnya 63 tahun pengeluaran tanpa henti oleh syarikat motosikal terbesar Britain (dan pada satu masa, terbesar di dunia).

BSA akhirnya telah dihidupkan semula di Pameran Motosikal Birmingham pada 4 Disember tahun lalu. Model yang dimaksudkan ialah BSA Gold Star 2022 yang dinamakan sempena model sport paling terkenal syarikat itu. Itulah produk awal di dalam perancangan dan pembangunan lima tahun oleh konglomerat gergasi dari India iaitu Mahindra & Mahindra/M&M yang kini memiliki hak bagi jenama bersejarah itu pada November 2016 selepas membelinya daripada pemegang asal British BSA Regal.

Sejak itu, Classic Legends – anak syarikat M&M yang memegang 60% kepentingan telah bekerja di bawah pimpinan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ashish Joshi dan juga merupakan bekas eksekutif utama Royal Enfield selama 15 tahun sebelum berpindah untuk mengetuai syarikat Triumph India. Beliau diberi kepercayaan untuk membangunkan rangkaian produk yang mengandungi lambang BSA.

Projek pertama ialah Gold Star 650cc yang dipamerkan di Motorcycle Live. Menurut Joshi, model ini dijadualkan akan berada di pengedar BSA British bermula pada bulan April dan seterusnya. Penghantaran pula akan bermula pada akhir tahun ini menuju ke pasaran pelbagai lagi negara di Eropah, Amerika Syarikat, Australasia dan akan datang hingga ke Afrika Selatan.

Pada mulanya, pengeluaran untuk model ini akan dilakukan di kilang ultra-moden Mahindra Two-Wheeler di tengah India. Model inilah yang telah dipamerkan di Birmingham. Akan tetapi Ashish Joshi telah menyatakan bahawa dia berhasrat untuk membawa pengeluaran BSA ke UK secepat mungkin.

Model Gold Star yang dilahirkan semula ini telah direka oleh sekumpulan pereka di Redline Studios UK, Leicester yang diketuai oleh Bal Ghataore yang juga kini merupakan sebahagian daripada pasukan 'Classic Legends' syarikat BSA yang mengusahakan model-model lain di masa hadapan.

Walaupun hadir dengan sistem brek cakera, penampilan model baru ini lebih cenderung kepada model Klasik berbanding Retro. Ia mempunyai persamaan dengan versi asal yang telah dipamerkan di Motorcycle Live, siap dengan pelbagai rekaan yang menjadikan Roadster ini amat mudah dikenali sebagai jentera keluaran BSA.

Model ini disempurnakan dengan tangki bahan api 12 liter dengan panel krom, panel meter analog berkembar berbentuk bulat, paparan digital LCD pelbagai fungsi, pelana jenis rata sesuai untuk menunggang berdua, madgad krom, bar pemegang pembonceng, penutup pemacu enjin yang kelihatan seperti kotak gear, replika sistem ekzos 'peashooter' berkrom dengan pemangkin Euro 5, lampu LED bentuk tradisional dengan bijak menyembunyikan pemangkin Euro 5 dan pelbagai perkakasan lain. Braket pemasangan juga sama seperti yang digunakan dulu pada tahun 1950an.

“Taklimat kami adalah bagi memastikan yang pertama dan paling utama untuk jentera itu mestilah mempunyai DNA jentera BSA. Ini bermakna apabila anda melihatnya, anda akan pasti ianya adalah jenama BSA. Saya menghabiskan masa berhari-hari di Muzium Motosikal Negara, saya hanya akan menghabiskan masa dengan melihat motosikal-motosikal BSA,” kata Bal Ghataore.

Model baru yang memberi penghormatan kepada jentera BSA sebelum ini dikuasakan oleh enjin empat lejang 652cc, DOHC, sistem penyejuk cecair yang berdimensi 100 x 82 mm, bernisbah mampatan 11.5:1 yang menghasilkan kuasa 45bhp pada 6,000 rpm dan tork 55 Nm/40.57 ft-lb pada 4,000 rpm. Model ini juga menggunakan sistem EFI dengan dwi pencucuhan yang bukan sahaja mematuhi piawaian Euro 5, tetapi mempunyai had dalam penghantaran kuasa yang menjadikannya model yang sah untuk pemegang lesen A2 di UK dan Eropah atau LAMS di Australia.

BSA Gold Star 1963.
BSA Gold Star 1963.

Jika pada masa hadapan apabila kami ingin menghasilkan model Clubman Edisi Khas atau model lain yang seperti itu, kami boleh meningkatkan kuasa enjin ini tetapi buat masa ini kami menumpukan perhatian pada enjin yang berspesifikasi lesen A2. Untuk itu 45 bhp dan kelajuan tertinggi kira-kira 104 mph [167 km/j] adalah sudah cukup bagus untuk ditunggangi dan, kami jamin ia akan membawa senyuman ke wajah anda,” kata Ashish Joshi.

Enjin model ini dibangunkan oleh jurutera Syarikat BSA sendiri yang juga kini berkhidmat untuk Universiti Teknikal Graz di Austria. Beliau juga selama ini telah memainkan peranan penting dalam membantu KTM untuk membangunkan rangkaian enjin silinder tunggal, empat lejang termasuklah jentera 693cc yang dinamakan 690 Duke dan Husqvarna Svartpilen 701.

“Universiti Teknikal Graz mempunyai pengalaman dalam menghasilkan enjin silinder tunggal dan sememangnya ia adalah kepakaran mereka. Mereka telah menghasilkan enjin yang berspesifikasi hebat untuk kami.”

1949 BSA Gold Star dengan suspension belakang jenis plunger.
1949 BSA Gold Star dengan suspension belakang jenis plunger.

Kerangka keluli tiub dupleks Gold Star baharu ini telah dicipta oleh rakan teknikal utama BSA iaitu, Ricardo Motorcycles yang berpangkalan di UK. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai sub-bahagian syarikat Automotive R&D yang terkenal di dunia selepas memperoleh Vepro Ltd. Vepro Ltd diasaskan pada tahun 1999 oleh beberapa bekas pekerja Triumph yang diketuai oleh bekas Ketua Jurutera Powertrain iaitu Neil Wright.

Kerangka model ini lengkap dengan Gegelung-D di kedua-dua belah yang merupakan replika kepada model asal yang dahulunya merupakan panel sisi untuk tangki minyak pelincir dan kotak peralatan. Gold Star 650 didatangkan dengan fork hadapan boleh laras 41mm yang tidak boleh laras seperti mana model terdahulu manakala keselesaan bahagian belakang datangnya dari penyerap hentak belakang jenis berkembar dengan spring pra-beban boleh dilaras kepada lima tahap tetapi bukan redaman.

Tapak roda bersaiz 1425mm memang agak berbeza bagi sebuah jentera silinder tunggal. Ini bermakna terdapat banyak ruang di tempat duduk yang setinggi 780mm untuk penumpang yang dimantapkan dengan tayar hadapan bersaiz 18 inci dan di belakang yang bersaiz 17 inci. Tayar ini dipadankan dengan rim aloi jenis berjejari yang cukup anggun. Berat kering untuk model ini adalah 198kg manakala bacaan untuk 213kg ketika diisi dengan pelincir dan bahan api.

Untuk tunggangan yang selamat, kedua-dua tayar dilengkapkan dengan brek-brek jenis cakera (depan:320mm Brembo / belakang:255mm Brembo) beserta sistem ABS dwi-saluran. Penggunaan bahan api adalah isu utama bagi pengeluar India dan pelanggan mereka, jadi Syarikat BSA amat berhati-hati untuk menyatakan isu ini dengan nilaian 4.0 lt/100km. Dari segi penjimatan, ia kelihatan sangat menarik. Servis perkhidmatan lanjutan ditawarkan pada jarak perjalanan 6,200 batu/10,000km.

Terdapat dua port USB yang terletak pada hendal dan turut ditambah ialah soket kuasa di sebelah kiri yang dikhususkan untuk memanaskan jaket jenis elektronik. Ini adalah satu lagi peningkatan yang mantap untuk sebuah jentera Klasik Moden.

Syarikat BSA menyatakan model Gold Star 650 ini telah berada di bilik pameran para pengedar di UK pada April tahun ini. Ia hadir dengan lima versi berbeza tersedia dengan pelbagai warna dan kemasan, termasuk barisan versi yang dilengkapi dengan aksesori. Penetapan harga hanya akan didedahkan kemudian, tetapi diharapkan model ini mampu berdiri megah jentera saingannya 650cc Royal Enfield dari India yang dijual pada harga £6,239 di UK bagi model Continental GT, termasuk 20% VAT.

BSA Gold Start 500 1961.
BSA Gold Start 500 1961.

Gold Star varian premium ialah Edisi Legacy yang kelihatan hampir sama dengan warna Silver Sheen dan perincian krom pada model DBD34 Clubman. Varian lain akan tersedia pada Midnight Black, Highland Green, Dawn Silver dan Insignia Red yang dikemaskan dengan jalur putih di bahagian tengah.

Sejak diumumkan lima tahun lalu bahawa sebuah syarikat global utama telah memperoleh nama BSA, spekulasi mengenai hasrat Mahindra untuk melancarkan semula jentera milik Britain yang telah sekian lama tidak diketahui ramai.

Ternyata sebagai Pengeluar No.1 dunia yang kini berada bersama pemilik baharu yang tidak akan ada pemotongan serta kekurangan belanjawan kewangan, kelahiran sebuah jentera serba baru sememangnya akan terlaksana.

Tidak siapa pun menjangka termasuklah para peminat BSA sendiri bahawa Legenda Klasik akan dilahirkan semula dengan hasil yang sebagus ini. Ia adalah model klasik BSA Gold Star tetapi dengan sentuhan, prestasi dan pengendalian abad ke-21.

Dengan mengandaikan harganya bakal dikira dengan tepat, adalah mustahil untuk membayangkan kembalinya BSA ke pasaran sejak syarikat ini 'menutup pintu' kira-kira 50 tahun yang lalu. Ashish Joshi serta pasukannya berhak mendapat pujian yang besar kerana mencipta kemunculan semula model ini. Ia akan memberi impak besar untuk para pencinta motosikal dari semua peringkat umur, dengan semua tahap kemahiran dan di semua negara di dunia. RR

Laporan: Alan Cathcart
Kredit Foto: BSA Company Ltd dan Arkid AC.

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Warta Roda

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

Akhirnya model kembara, GSX-S1000GX sudah pun tiba di pengedar rasmi Suzuki dengan harga jualan rasmi RM89,900.