Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 November 2022

Rieju Aventura 500 Legend - ada dua tangki bahan api!

Pengeluar motosikal dari Sepanyol Rieju kini bersedia untuk memasuki segmen 'crossover' mampu milik. Di EICMA 2022 tempohari, Rieju telah memperkenalkan motosikal yang dijadualklan akan tersedia pada akhir Musim Bunga 2023 iaitu Aventura 500 Legend.

Ia merupakan sebuah jentera lasak tinggi lampai yang menggabungkan rekabentuk mantap dengan enjin yang berkuasa untuk meredah pelbagai jenis jalanan. Aventure menarik perhatian ramai menerusi elemen luar biasanya iaitu rekaan tangki berkembar.

Terdapat dua tangki untuk model ini. Di hadapan mampu mengisi petrol sebanyak 20 liter manakala tangki satu lagi yang sebesar 19 liter diletakkan di bahagian ekor atau sub -kerangka belakang. Ini adalah satu penciptaan yang sangat praktikal khususnya buat para pengembara yang memerlukan kapasiti bahan api lebih banyak di jalan raya. Dianggarkan Aventure mampu bergerak hampir kepada 1,000 kilometer dengan isian penuh tangki-tangki ini.

Aventura disempurnakan dengan enjin silinder berkembar selari yang dihasilkan oleh Loncin (di bawah lesen Honda) dengan kuasa 47hp dan tork 43Nm yang disepadukan dalam rangka keluli bertegaran tinggi. Lampu hadapan dan belakang jenis LED manakala bar hendalnya cukup lebar untuk kawalan yang mudah.

Untuk pengendalian yang stabil di laluan biasa mahu pun lasak, Rieju telah melengkapkan model ini dengan tayar bersaiz 21 inci (depan) dan 18 inci belakang dengan rim jenis berjejari. Bahagian enjin turut didatangkan dengan bar dan plat pelindung bagi memastikan perjalanan di laluan lasak berjalan dengan lancar.

Harapnya dapatlah kita lihat jenana Rieju ini di pasaran negara suatu hari nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Model Baru

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kami (RR) akan di kilang SYM di Taiwan untuk melihat dan menunggang uji skuter adventure terbaru iaitu ADXTG 400. Tapi... adakah SYM TTLBT pun akan masuk ke pasaran negara?

Warta Roda

Penunggang Motosikal Maut Terkena Bongkah Batu Berat

Seorang buruh binaan warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat terkena bongkah batu di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang di sini pada Jumaat lalu.

Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.