The Flying Fortress
Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Moto Guzzi di Malaysia telah memperkenalkan model terbaru Moto Guzzi MGX-21 yang juga terkenal dengan nama 'The Flying Fortress.' Sememangnya model ini adalah jentera cruiser yang benar-benar menggiurkan dengan rekabentuk yang unik, pakej elektronik terkini dan kemasan luar/ dalam yang mewah.
"Kami dengan bangganya meluaskan lagi rangkaian motosikal Moto Guzzi di Malaysia. Saya telah berpeluang untuk menunggang model MGX21 pada tahun lalu di Tuscany, Itali, dan motosikal ini sesuai bagi mereka yang inginkan sesuatu yang berbeza dan istimewa. Jentera Moto Guzzi akan menawan hati anda," ujar Encik Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Resources Sdn. Bhd.
'The Flying Fortress' berkuasa 1,400cc yang telah dibina di Mandello del Lario. Ia merupakan lambang unggul sebuah rangkaian motosikal yang bermula dari tahun 1921 iaitu sewaktu Moto Guzzi mula menghasilkan motosikal unik yang dibina seratus peratus dengan tangan. Moto Guzzi ini adalah salah satu jenama yang terhebat di dunia dan sejak berada di pasaran hampir satu abad, mereka membuktikan kemampuan dengan penghasilan jentera yang melangkaui zamannya. Motosikal MGX-21 adalah contoh terkini sifat original dan keberanian Moto Guzzi, sisi tradisional warisan mereka.
Enjinnya bersesaran 1,380cc yang menawarkan kuasa tertinggi 96.6hp pada 6,500rpm dan tork 121Nm pada 3,000rpm. Dengan pelana setinggi 740mm, jentera ini mudah ditunggang dan dikendalikan oleh semua jenis penunggang. Jentera yang berharga RM172,000 ini disempurnakan dengan sistem ride by wire yang memberikan kepada tiga mod tunggangan iaitu Veloce, Turismo dan Pioggia. Ia juga dilengkapkan dengan sistem ABS, cruise control, panel meter digital, sistem audio AM/FM, sistem penyambungan telefon pintar dan platform multimedia.
Menarik? Jika ingin melihat jentera ini dari dekat, kunjungi Gasket Alley yang terletak di Petaling Jaya atau layari http://www. motoguzzi.com/my_EN/ and Facebook motoguzziMY. RR
Popular