Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 November 2022

KTM 890 Duke R dan RC 390 Diperkenalkan di SIC

KTM Malaysia dengan bangganya telah menjadi tuan rumah untuk majlis Pelancaran Peringkat Asia untuk dua model terbaru iaitu 890 Duke R dan RC 390 yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 1 dan 2 November lalu. Acara ini telah dihadiri oleh wakil-wakil medai dan pengedar dari tujuh buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, Korea Selatan termasuk kakitangan KTM dari Austria.

KTM 890 Duke R

Model jalanan ini memiliki pakej keseluruhan yang benar-benar mantap. Ia memiliki karaktor cukup menarik seperti garang, dinamik, moden dan pada masa yang sama mempunyai ciri-ciri mewah. Rekabentuk hadapan 'tajam' dan aerodinamik seolah-olah memberitahu kita kemampuannya untuk memecut dengan pantas. Lampu-lampu LED dan panel meter TFT memberikan impak moden dan berteknologi tinggi.

Paparan TFT Duke R ini, kita dapat melihat dan membuat pelbagai jenis talaan dengan mudah dan cepat. Antara info yang tertera padanya ialah tahap kelajuan, takometer, posisi gear, mod tunggangan, jam, suhu, tahap bahan api dan banyak lagi.

KTM 890 Duke R atau 'The Super Scalpel' ini disempurnakan dengan enjin kembar-parallel 889cc, dua silinder, 4 lejang yang berkuasa 121hp dan tork setinggi 99Nm. Untuk disepadannya dengan tenaga enjin ini yang cukup mantap, Duke R ini telah dipadatkan dengan sistem elektronik terkini seperti 4 tahap mod tunggangan (Sport, Street, Rain, Track), Motorcycle Traction Control (MTC), Quick Shifter dan Supermoto ABS.

Model ini ditawarkan pada harga RM75,800 dengan warna menarik iaitu 'Atlantic Blue'

Prestasi di litar:

RR dapat menguji model ini untuk dua sesi yang memakan masa sekitar 40 minit. Sesi pertama menaiki model standard dan sesi kedua pula dengan unit yang telah dipasang ekzos 'full system'.  Sistem MTC dan mod tunggangan memainkan peranan penting untuk memastikan jentera yang sedang ditunggang ini berada di laluannya dengan selamat.

Kekuatan tenaga enjin Duke R ini hadir tanpa 'segan silu' setiap kali pendikit dikoyak. Brek hadapan jenis Brembo Stylema bersaiz 320mm (depan) dan 240mm di belakang memberikan keyakinan walaupun ketika berada di permukaan yang masih agak basah. Gabungan kerangka keluli Chromium-Molybdenum dan sistem saspensi dari WP Apex membolehkan kita membrek dengan keras dan memiringkan jentera ini tanpa ragu-ragu.

KTM RC 390

Model sport ini bakal memeriahkan lagi pasaran dengan rekabentuk menarik serta spesifikasi enjin yang mantap. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan dan dapat kita lihat dengan jelas menerusi posisi menunggang, rekabentuk tangki, fairing, belakang dan kerangka jenis trellis. Enjin model baru ini bersesaran 373cc dengan tenaga 32kW dan tork 37Nm.

RC390 dikemaskan panel meter jenis TFT manakala sistem pencahayaan lampu utama dan belakang jenis LED yang terang dan cantik. Antara ciri-ciri menarik yang dimiliki oleh model ini ialah sistem Motorcycle Traction Control (MTC), Supermoto ABS, Cornering ABS dan Quick Shifter.

Prestasi di litar:

Model ini cepat untuk kita mendapat keserasian. Pelana setinggi 824mm dan sebaik sahaja kita duduk, posisi tunggangan dirasakan agak menunduk tapi tidak menyukarkan pergerakan. Namun begitu, bar hendal yang 'sedap' dipegang membuatkan kita selesa dan yakin untuk memecut.

RC390 didatangkan dengan sistem saspensi jenis WP Apex yang membantu pengendalian di selekoh-selekoh cukup mudah. Memandangnya ketika sesi ujian model ini dilakukan di litar yang semakin kering, cengkaman tayar-tayar dirasakan semakin baik terutama sekali ketika di selekoh dan proses brek juga dapat ditarik dengan lebih yakin.

Ketika membuat pecutan di dua laluan lurus (sebelum Selekoh 1 dan sebelum Selekoh 15), kita dapat merasakan jentera ini cukup stabil manakala sistem brek (390mm depan & 230mm belakang) beserta ABS yang terdapat pada RC 390 ini memang betul-betul mantap. Berat kering untuk RC 390 ialah 155kg – memang lincah!

Secara keseluruhannya, sesi tunggangan 4 x 20 minit sedikit sebanyak dapat memberikan pelbagai maklumat dan maklum balas khususnya mengenai prestasi kedua-dua jentera KTM RC 390 dan 890 Duke R walaupun cuaca tidak begitu menyebelahi kami semua di awal sesi ujian. Teknologi dan kejuruteraan moden yang dipadatkan dalam setiap unit pengeluaran KTM terbukti membantu perjalanan lebih selamat. RR

Isu Pada

Disember 2022

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Model Baru

Royal Enfield GUERRILLA 450 Dilancarkan. Harga bermula RM28,700

Guerrilla 450 menawarkan pengalaman tunggangan dinamik yang disesuaikan dengan mood tunggangan, Sistem Pengurusan Enjin (EMS) ultra-responsif dan dengan adanya 'Performance Mode' dan 'Eco Mode'.

Model Baru

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

MODENAS dengan rasminya melancarkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE.

Pandu Uji

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Okay...sekarang masa untuk menikmati MT-09 V4 pula, Saya dan Redz bertukar-tukar motor, nanti boleh borak tentang perbezaan dan persamaan antara kami berdua. Tinggi Redz sekitar 168cm dan saya pula 179cm, mesti lah ada beza kan?