Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Oktober 2022

Triumph Speed Triple 1200R Edisi Bond Diperkenalkan

Bersempena dengan kerjasama terbaru di antara Triumph dan filem James Bond serta sambutan '60 Years of Bond', syarikat pengeluar motosikal ikonik itu telah melancarkan sebuah model edisi terhad iaitu Triumph Speed Triple 1200R Edisi Bond yang menampilkan pelbagai ciri-ciri istimewa dan eksklusif.

Kerjasama kedua-dua jenama British ini terjalin menerusi filem Bond terbaru iaitu 'No Time To Die', unit edisi terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak 60 unit sahaja untuk pasaran di seluruh dunia. Setiap unit tersebut didatangkan dengan sistem kunci pintar, nombor khas yang tertera pada bahagian tengan bar hendal, sijil ketulenan bertanda-tangan dan kemasan rekabentuk James Bond yang jelas kelihatan.

Rekaan bahagian luaran yang berwarna hitam tampak lebih mewah dengan kemasan kesemua 25 filem James Bond yang pernah ditayangkan. Bahagian sisi pula diperanggunkan dengan rekaan berbentuk laras senjata ikonik milik James Bond dan lampu isyarat yang dimatikan secara automatik (self-cancelling). Bahagian hadapan dilengkapkan dengan lampu-lampu LED yang cukup premium.

Sebagai jentera sebuah filem ikonik, prestasi Triumph Speed Triple 1200RR sememangnya cukup mengagumkan. Model ini disempurnakan dengan enjin 1,160cc berkuasa setinggi 180PS dan kuasa tork pada 125Nm yang memberikan pecutan mantap dalam pelbagai keadaan. Terdapat lima mod tunggangan iaitu Road, Rain, Sport, Rider dan Track.

Untuk kestabilan di laluan-laluan berselekoh, model ini didatangkan dengan sistem saspensi elektronik 'separa aktif' jenis Ohlins Smart EC 2.0, Cornering ABS, Cruise Control dan Cornering Traction Control.

Antara ciri-ciri menarik lain yang dimiliki oleh Triumph Speed Triple Edisi Bond ini ialah:

  • Bar jenis clip-on
  • panel meter TFT
  • sistem penyambungan telefon pintar - My Triumph Connectivity
  • sistem ABS
  • tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP V3
  • brem Brembo Stylema
  • penutup (selimut) motor dengan kemasan James Bond 007

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

Dua remaja maut selepas motosikal bertembung dengan lori treler.

Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Dari Litar

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Sejak di sesi latihan bebas, jentera bernombor '93' sentiasa mendapatkan rentak yang luar biasa, catatan masa terpantas, diikuti dengan kedudukan petak pertama, menang perlumbaan Sprint Test dan mengakhiri GP Qatar juga sebagai Sang Juara.

Warta Roda

Midnight Black, Warna Terbaru Untuk Yamaha MT-15

Para peminat Yamaha MT-15 kini boleh memilih untuk mendapatkan model jalanan ini yang kini berada di pasaran dengan warna serba baru. Ya... MT-15 yang paling 'fresh' berada di pasaran hadir dengan warna Midnight Black.