MForce Pertontonkan Brixton Cromwell 1200
Bersempena dengan perasmian kedai eksklusif MForce SmartShop S H Bikers Sdn Bhd, MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar jenama Brixton Motorcycles di Malaysia telah mempertontonkan model terbaru iaitu Brixton Cromwell 1200.
Menerusi spesifikasi yang kami lihat di https://www.brixton-motorcycles.com/, Cromwell 1200 didatangkan dengan enjin bersesaran 1222cc, dua silinder, 4-lejang, SOHC yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 61kW (83ps) pada 6,550rpm dan tork 108Nm pada 3,100rpm.
Model ini juga turut dilengkapi dengan dua mod tunggangan iaitu ECO dan Sport. Kedua-dua mod masih menampilkan kuasa dan tork yang sama. Namun untuk mod Sport, injap pendikit akan terbuka dengan lebih cepat dengan menawarkan kuasa enjin yang lebih segar.
Dari segi pengendalian, sistem suspensi pada model ini menggunakan penyerap hentak jenis KYB yang mampu berikan keselesaan buat penunggang dan pembonceng. Manakala sistem keselamatan pada Cromwell 1200 ini disumbangkan dengan brek cakera berkembar 310mm di bahagaian hadapan manakala belakang disempurnakan brek cakera 260mm. Kedua-dua roda turut disertakan dengan sistem ABS jenis Bosch.
Antara ciri-ciri lain ditawarkan adalah:
- Paparan meter TFT
- Criuse Control
- Traction Control
- Lampu-lampu jenis LED
- Dua sistem ekzos dengan keluli tahan karat
- Tangki bahan api 16 liter
- Berat bersih 235kg
Menurut pihak MFroce, model ini bakal dilancarkan ke pasaran negara pada tahun hadapan dengan harga yang berkemungkinan bawah RM50k. Namun belum ada lagi pengumuman rasmi daripada pihaknya. RR
Popular