Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 September 2022

Suzuki Eropah Perkenalkan V-Strom 1050DE baharu

Suzuki Eropah telah memperkenalkan V-Strom 1050DE baharu, yang telah dipertingkatkan untuk menambahkan lebih banyak keupayaan terutamanya di laluan lasak atau offroad. Model DE, yang kini akan menggantikan XT sebagai jentera pengembaraan utama Suzuki, mendapat pelbagai peningkatan dan kemas kini baru termasuk ciri-ciri yang direka untuk prestasi lebih mantap sebaik sahaja kita masuk ke laluan-laluan yang sukar.

Untuk tahun 2023, V-Strom 1050 DE dan V-Strom 1050 didatangkan dengan panel meter TFT Penuh Warna, Quickshifter dua-hala manakala ciri-ciri baru sistem elektronik kompleks adalah seperti Six-axis IMU, sistem Lean Angle-Sensitive ABS dengan dua mod, Mod Tunggangan 3 Tahap, Traction Control 3 Talaan, Slope-dependent control, Load-Dependent Control, Hill hold dan Cruise Control.

Versi DE pula boleh dinaik taraf lagi dengan penambahan ciri-ciri baru, termasuklah:

  • Tayar lebih besar – dari 19 inci kepada 21 inci
  • kerangka spar-kembar yang dipertingkatkan
  • penyerap hentak hadapan & belakang boleh laras
  • penambahan jarak 'travel' saspensi, kelegaan tanah
  • fender hadapan lebih rugged
  • rekaan semula geometri casis
  • Bar hendal lebih lebar, tempat pemijik keluli
  • Sistem ABS belakang yang boleh dimatikan
  • Penambahan 'Mod G' untuk sistem Traction Control

Sama seperti generasi sebelumnya, V-Strom 1050DE dan V-Strom 1050 baru ini memiliki ciri-ciri rekabentuk model ikonik Suzuki DR-Z800 atau Dr Big yang dapat dilihat menerusi rekaan bahagian paruh (peak), lampu dan banyak lagi.

Namun begitu, model DE melangkah lebih jauh dengan livery tradisi Kuning dan Putih, dengan rim keemasan atau skema warna biru dan putih bersama rim berwarna biru. Turut menanti para peminat Suzuki ialah model berwarna hitam yang cukup elegan.

Model V-Strom 1050 pula ditawarkan dalam warna Hitam/Emas dengan roda keemasan, Biru/Hitam, Kelabu Classy dengan rim merah, dan versi Merah/Hitam dengan rim berwarna Merah.

Kita berharap agar model baru ini akan dibawa masuk ke pasaran negara nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Bagi menjawab desas-desus ramai pihak mengenai penyertaan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. di Malaysia Autoshow 2025 nanti, pihak Mforce akhirnya telah membuat kenyataan mengapa terpaksa melepaskan hasrat untuk menyertainya.

Warta Roda

Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

Seorang wanita dan seorang lagi remaja wanita maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri.

Warta Roda

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu lebih menarik. Warna serba menawan ini adalah inspirasi daripada DNA Honda Racing ikonik seperti mana yang dilihat pada model lagenda CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.

Model Baru

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

CFMOTO Malaysia telah melancarkan model Adventure Touring iaitu 700MT.