Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 25 Ogos 2022

BSH Perkenalkan Honda CRF1100 Africa Twin Adventure Sports 2022

Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan sebuah jentera adventure yang dikemaskini iaitu Honda CRF1100 Africa Twin Adventure Sports untuk pasaran Malaysia.

Sebagai sebuah model untuk tahun 2022, Honda CRF1100 Africa Twin Adventure Sports dipadankan dengan tetapan Dual Clutch Transmission (DCT) yang ditambahbaik agar pengendalian jentera ini lebih lancar pada kedudukan gear pertama dan kedua. Cermin penghadang angin pada jentera ini kini lebih rendah iaitu 110mm dengan pelarasan lima tahap untuk memudahkan penunggang melihat keadaan di hadapan. Honda CRF1100 Africa Twin Adventure Sports 2022 ini juga turut disempurnakan dengan corak grafik "Cracked Terrain" serba baru.

Model ini didatangkan dengan enjin Parallel Twin 1,084cc, 4-lejang dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 75kW pada 7,500rpm dan tork 105Nm pada 6,250rpm. Terdapat empat mod tunggangan iaitu Urban, Tour, Gravel dan Off-road manakala dua mod User boleh diguna mengikut kesesuaian penunggang.

Jentera ini tampak lebih menarik dengan pakej elektronik yang ditawarkan seperti Inertial Measurement Unit (IMU), Honda Selectable Torque Control (HSTC) dengan tujuh tahap, Wheelie Control, Cornering ABS, Rear Lift Control, Cruise Control dan DCT Cornering Detection.

Apa yang lebih menarik, sistem saspensi pada jentera ini juga dilengkapi dengan empat jenis mod berbeza iaitu Soft, Mid, Hard dan Off-road yang boleh ditala mengikut keadaan serta satu mod User.

Paparan meter jenis TFT 6.5 bewarna penuh membolehkan penunggang melihat menu dan maklumat yang sedia ada. Paparan ini juga turut menyokong sambungan telefon pintar menerusi sistem Apple CarPlay dan Android Auto yang menawarkan sambungan melalui USB atau Bluetooth.

Honda CRF1100 Africa Twin Adventure Sports hadir dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Pearl Glare White Tricolour dengan harga bilik pameran yang disyorkan RM117,888 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran). RR

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.