Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Ogos 2022

Suzuki UK Perkenalkan Address 125 & Avenis 125

Global: Suzuki memperkukuhkan jenamanya khususnya dalam segmen jentera berkapasiti kecil dengan memperkenalkan dua buah skuter baru iaitu Address 125 dan Avenis 125. Kedua-dua model ini dijangka akan dipasarkan bermula Oktober 2022.

Rekabentuk anggun, lampu hadapan LED berbentuk bulat dan tempat duduk mewah merupakan ciri-ciri menarik dan penggayaan anggun Address baru. Model Address turut dimantapkan lagi dengan gaya retro yang dapat dilihat dengan jelas menerusi meter kelajuan analog yang dipadankan dengan penunjuk digital, memaparkan info tambahan seperti Suzuki Eco Drive Illumination yang membantu mencapai tunggangan yang menjimatkan.

Suzuki Address 125.
Suzuki Address 125.

Suzuki Address 125 mampu bergerak sejauh 63.18 km/l dan kadar penjimatan ini datangnya dari teknologi Suzuki Eco Performance (SEP) yang mengoptimumkan prestasi bahan api dengan memberikan tork yang kuat dalam kedudukan rpm yang rendah.

Tork maksimum untuk enjin Address ini ialah 10Nm pada 5,500rpm manakala kuasa maksimum untuk model ini ialah 8.7PS pada 6,750rpm. Ruang bawah tempat duduk cukup luas menempatkan soket USB yang benar-benar praktikal.

Sebagai tambahan kepada Address 125, model baru Suzuki Avenis 125 juga akan mengembangkan lagi rangkaian skuter Suzuki dan model ini didatangkan dengan rekaan yang lebih sporty serta dikelilingi oleh enjin silinder tunggal yang sama tetapi model ini lebih panjang, lebar dan lebih tinggi daripada Address 125.

Suzuki Avenis 125.
Suzuki Avenis 125.

Avenis nampak agak menonjol menerusi rekabentuknya yang agresif, lampu depan dan belakang jenis LED serta corakgrafik dua tona. Paparan LCD memastikan penunggang dapat melihat segala info dengan mudah.

Seperti Address 125, model ini turut menampilkan penunjuk Eco Performance yang membantu penunggang dapat menunggang dengan lebih jimat. Selain ruang simpanan bawah pelana dan poket simpanan, terdapat juga ruang simpanan yang berguna di hadapan.

Adakah model-model ini bakal dibawa masuk ke pasaran negara oleh Suzuki Malaysia? RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Warta Roda

Kerjasama Ducati dan Lamborghini diteruskan lagi dengan penampilan model baru esok!

Dengan sejarah yang kaya dengan kejayaan, kerjasama ini kini memulakan lembaran baharu yang menarik. Ekspresi luar biasa terbaru ini akan didedahkan semasa Minggu Reka Bentuk Milano, pada hari esok, 9 April.

Dari Litar

Espana Superbike Championship (ESBK):Qabil Irfan Raih Kemenangan Berganda di Jerez

Pelumba negara, Qabil Ifran mengungguli perlumbaan kelas ESBK Talent Cup di Espana Superbike Championship (ESBK) yang berlangsung di Litar Jerez baru-baru ini.