Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 4 Ogos 2022

MV Agusta Perkenal Siri RC Untuk Model F3, Dragster & Turismo Veloce

Pengeluar motosikal Itali, MV Agusta melancarkan tiga model baru iaitu F3, Dragster dan Turismo Veloce dengan rekacorak istimewa yang mewakili dunia perlumbaan RC. Model-model ini direka dengan perincian dan pembangunan jentera yang benar-benar eksklusif. Akronim 'RC' adalah singkatan untuk Reparto Corse yang mudah untuk dikenali menerusi skima warna yang dimiliki oleh ketiga-tiga model baru ini.

MV Agusta siri RC. Dari kiri: F3, Dragster & Turismo Veloce.
MV Agusta siri RC. Dari kiri: F3, Dragster & Turismo Veloce.
MV Agusta F3 RC.
MV Agusta F3 RC.

Ketiga-tiga model ini adalah Edisi Terhad dengan hanya 200 unit untuk model F3 RC dan 300 unit untuk setiap model Dragster dan Turismo Veloce. Nombor produksi akan tertera pada plat 'steering' dan setiap pembelian juga akan menerima sijil ketulenan. Turut ditawarkan buat mereka yang ingin memiliki model Dragster RC dan F3 RC edisi terhad ini ialah kit perlumbaan premium seperti ekzos, unit kawalan pemetaan, tempat pemijak, tuas klac, tuas brek dan banyak lagi.

MV Agusta F3 RC.
MV Agusta F3 RC.

F3 RC: model supersport ini disempurnakan dengan warna perlumbaan rasmi MV Agusta. Fork hadapannya disalut dengan Titanium Nitride (TiN) yang bertujuan untuk mengurangkan geseran. Rim 10% lebih ringan yang menjadikan pengendalian khususnya di litar lebih mantap. Kit perlumbaan yang dimaksudkan terdiri daripada sistem penuh ekzos Akrapovic, sistem kawalan pemetaan, pelindung haba jenis gentian karbon, tuas klac dan tuas brek aluminium yang dibuat khas menggunakan mesin CNC.

Kit Perlumbaan - MV Agusta F3 RC.
Kit Perlumbaan - MV Agusta F3 RC.

Dragster RC SCS: model ini dikemaskan dengan elemen grafik dan skima warna serba baru yang mengingatkan kita dengan jentera perlumbaan dalam saingan Moto2 dan WorldSSP. Fork hadapan model ini juga disalut dengan TiN manakala rimnya pula adalah dari jenis bertempa. Penggunaan gentian karbon semestinya menambah kecantikan dan keunikan Dragster yang berkuasa 800cc ini. Kit perlumbaan terdiri daripada sistem penuh ekzos SC Project dan penutup klac jenis 'transparent'. Hanya 300 unit model ini dikeluarkan.

MV Agusta Dragster RC.
MV Agusta Dragster RC.

Turismo Veloce RC SCS: hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit dan versi RC menjadikan model ini tampak lebih eksklusif dan lebih garang. Terdapat banyak pembaharuan dan kemas kini yang dilakukan pada model ini seperti sistem ekzos, talaan sistem saspensi, cermin pengadang angin lebih besar dan sensor sistem transmisi lebih moden.

MV Agusta Turismo Veloce RC.
MV Agusta Turismo Veloce RC.

Turismo Veloce RC turut hadir dengan sistem Smart Clutch moden yang dibangunkan oleh MV Agusta dan Rekluse. Sistem ini membolehkan kita menambah/menurunkan gear tanpa menggunakan sistem klac. RR

Isu Pada

September 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.