Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 September 2015

NAZA Premira Lancar Aprilia RSV4 RF & Tuono V4 1100 Factory

Sempena meraikan pesta perlumbaan sedunia FIM WSBK yang berlangsung di Litar Sepang awal bulan lalu, Naza Premira Sdn Bhd selaku pengedar sah jentera Aprilia di Malaysia dengan bangganya melancarkan dua model edisi terbarunya iaitu Aprilia RSV4 RF dan Tuono V4 1100 Factory. Kehadiran dua pelumba ternama Aprilia, Leon Haslam dan Jordi Torres ternyata memeriahkan majlis pada hari itu.

Dari kiri: En. David Hector Ratnaike, Jordi  Torres, En. Neri Miclaus, Leon Haslam & En.  Vinesh Nair melancarkan model terbaru Aprilia
Dari kiri: En. David Hector Ratnaike, Jordi Torres, En. Neri Miclaus, Leon Haslam & En. Vinesh Nair melancarkan model terbaru Aprilia

Aprilia RSV4 mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan sejak dari saat itu jentera ini telah memberikan kemenangan demi kemenangan buat pasukannya menjadikan ia antara jentera paling sempurna pernah dilahirkan. Untuk model 2015 ini semestinya pelbagai perubahan dan peningkatan telah dilakukan dengan kerangka lebih ringan, enjin baru dengan kekuatan 200hp, pengendalian lebih tepat dan berkuasa. Segala kemantapan dan kehebatan mesin perlumbaan kini dapat dinikmati di jalanan biasa jika kita menunggang RSV4 ini. Berbanding sebelumnya, model ini 2.5 kg lebih ringan yang memudahkan kita menukar posisi dalam semua keadaan.

Jentera RSV4 RF edisi terhad ini didatangkan dengan rekaan 'Superpole Livery' serta lengkap dengan pek perlumbaan eksklusif rim aluminium bertempa baru dan saspensi profesional Ohlins. Antara teknologi terkini yang dilengkapkan pada model ini ialah sistem traction control, wheelie control, launch control, quick shifter, mod tunggangan dan sistem ABS. Pelananya direka lebih rendah memberikan posisi tunggangan yang cukup selesa. Model RSV4 RF boleh dimiliki pada harga menarik RM138,800 (termasuk GST).

Tuono V4 1100 Factory
Tuono V4 1100 Factory

Ingin menikmati mesin jalanan/naked berevolusi tinggi? Perkenalkan model Tuono V4 1100 Factory yang berkuasa 175hp dan tork 121Nm. Rekaan fairing hadapan yang dibuat berasaskan model RSV4 jelas berjaya menjadikan Tuono baru ini tampak lebih mantap berbanding model terdahulu. Ia turut didatangkan dengan saspensi, fork dan peredam jenis Ohlins agar pengendalian jentera ini di laluan berselekoh lebih terjamin. Tuono V4 1100 berharga RM118,800 (termasuk GST) dan kedua-dua model baru ini didatangkan dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer perjalanan. RR

Isu Pada

September 2015

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Warta Roda

SUZUKI GSX-S1000GX Tiba Di Pengedar Sah Suzuki. Harga asas, RM89,900

Akhirnya model kembara, GSX-S1000GX sudah pun tiba di pengedar rasmi Suzuki dengan harga jualan rasmi RM89,900.