Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 29 Julai 2022

Modenas Ninja 250, Ninja 250 ABS & Z 250 ABS Dilancarkan. Harga dari RM18,900.

Menerusi pengedar rasmi barunya iaitu Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) iaitu anak syarikat untuk Modenas, Kawasaki secara rasminya kembali ke pasaran negara dengan memperkenalkan semula model jalanan dan sport iaitu Modenas Ninja 250, Modenas Ninja 250 ABS dan Modenas Z 250 ABS.

Dari kiri: En. Roslan Roskan, Dato' Sri Syed Faisal Albar & Masahiro Aihara memperkenalkan Modenas Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z 250 ABS.
Dari kiri: En. Roslan Roskan, Dato' Sri Syed Faisal Albar & Masahiro Aihara memperkenalkan Modenas Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z 250 ABS.

Berikutan dengan peningkatan pemilikan saham Kawasaki Motors Ltd (KMC) dalam Modenas, kesemua model Kawasaki yang berenjin 650cc dan ke bawah akan dijenamakan semula dengan nama Modenas. Tiga model baru yang tersebut iaitu Modenas Ninja 250, Ninja 250 ABS dan Z 250 ABS ditawarkan pada harga RM18,900, RM20,500 dan RM19,500.

Modenas Ninja 250 ABS
Modenas Ninja 250 ABS
Modenas Z 250 ABS
Modenas Z 250 ABS

“Kami di Modenas amat berbesar hati berkongsi etos yang sama dengan Kawasaki dalam mengutamakan pelanggan yang memastikan semua memiliki produk yang harganya berpatutan, berkualiti dan berteknologi moden. Kami berhasrat untuk memberikan penyelesaian yang unik dan pengalaman lebih menarik dalam pasaran dua roda," kata CEO Modenas, En. Roslan Roskan.

Ninja 250 ABS & Ninja 250
Ninja 250 ABS & Ninja 250

Ninja 250 dan Ninja 250 ABS disempurnakan dengan enjin 249cc, 4 lejang, 2 silinder DOHC, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 27.5kW pada 12,500rpm dan tork 23.0Nm pada 10,000rpm. Model ini juga dikemaskan lampu-lampu LED moden yang memberikan pencahayaan cukup terang walaupun di siang hari.

Dari segi dimensinya pula, panjang keselurunan untuk model ini ialah 1,990mm, lebar 710mm, tinggi 1,125mm manakala saiz tapak rodanya pula 1,370mm. Dengan pelana yang setinggi 795mm, Ninja 250 memang cukup sesuai untuk semua jenis penunggang.

Z 250 ABS
Z 250 ABS

Modenas Z 250 ABS pula merupakan model jalanan yang memiliki spesifikasi enjin yang sama dengan Ninja 250. Ini termasuklah tahap penghantaran kuasa dan nilai tork. Z 250 ABS tampak garang dengan kerangka jenis trellis, lampu-lampu LED, panel meter menawan dan sistem Assist & Slipper Clutch.

Z 250 ABS
Z 250 ABS

Modenas Ninja 250 hadir dalam dua warna pilihan iaitu Metallic Carbon Grey” dan “Metallic Matte Graphite dan hanya terdapat satu warna sahaja untuk model Ninja 250 ABS iaitu Metallic Matte Graphite Grey. Z 250 ABS juga hadir dalam satu warna iaitu Metallic Spark Black.

Ninja 250
Ninja 250

Ketiga-tiga model baru ini akan berada di pusat pengedar rasmi pada 1 Ogos 2022. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi Kawasaki http://www.kawasaki.com.my/home atau hubungi talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau Kawasaki WhatsApp Careline di +6019-570 8135.

Isu Pada

September 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Yamaha R9 - Generasi Terbaru Supersport

Untuk tahun 2025, Yamaha memperkenalkan model Supersport terbaru, R9 yang menawarkan prestasi cukup mantap dan teknologi canggih Siri R. Model ini direka berasaskan jentera perlumbaan sebenar.