Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Ogos 2015

KTM RC 250 & 250 DUKE

Jentera-jentera KTM sememangnya semakin popular dari masa ke semasa dan ini dibuktikan dengan peningkatan jualan mereka di Malaysia pada jumlah yang cukup membanggakan. Penjualan mesin KTM tahun 2013 adalah sebanyak 1,830 unit dan jumlah ini telah meningkat sebanyak 97% pada tahun 2014 dengan nilai penjualan berjumlah 3,600 unit. Berdasarkan data jumlah dagangan tahun lalu, KTM kini berada di tangga kedua pasaran jentera 200-400cc dengan nilai jualan 228 unit sebulan.

Dari kiri: Mr Goi Seong Keong, Dato’  Seri Syed Badlishah, Mr Yeoh Teik Poh  dan Ms. Ossenberg Maria melancarkan  model KTM 250cc terbaru.
Dari kiri: Mr Goi Seong Keong, Dato’ Seri Syed Badlishah, Mr Yeoh Teik Poh dan Ms. Ossenberg Maria melancarkan model KTM 250cc terbaru.

Demi mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran negara, Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd (KTM CKD Malaysia), syarikat pemasangan motosikal KTM telah melancarkan dua varian terbarunya iaitu 250 Duke dan RC250 pada 29 Jun lalu di sebuah majlis yang disempurnakan oleh Dato' Seri Syed Badlishah Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Pengerusi, Eurotech Manufacturer Sdn Bhd dan ditemani oleh En. Yeoh Teik Poh, Ketua Pegawai Kewangan Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd. Paling membanggakan ialah Malaysia merupakan negara pertama di Asean yang memperkenalkan model ini untuk para pencinta motosikal tempatan.

Untuk mendapatkan prestasi cemerlang, kedua-dua model baru ini menawarkan enjin serba baru bersilinder tunggal yang dibangunkan daripada model 390 Duke dan RC390. Ia menawarkan kuasa 31hp pada 9,000rpm dengan tork setinggi 24Nm pada 7250rpm. Untuk tunggangan mantap, model-model ini dilengkapkan dengan casis jenis trellis yang diinspirasikan daripada jentera perlumbaan Moto3.

Pastinya dengan pengenalan dua model baru ini, KTM CKD Malaysia yakin angka ini akan terus meningkat dengan menyasarkan penjualan untuk model RC250 sebanyak 150-200 unit sebulan dan 250 Duke sebanyak 250 unit sebulan. Kedua-dua model ini dilengkapi dengan sistem slipper clutch berharga RM18,888 dan 250 Duke boleh dimiliki pada harga RM17,888. RR

Isu Pada

Ogos 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.