Ducati Malaysia Tampilkan Scrambler 1100 Tribute Pro & Scrambler Urban Motard
Ducati Malaysia memperkenalkan pula dua buah model lasak iaitu Scrambler 1100 Tribute Pro dan Scrambler Urban Motard yang direka cukup menawan. Kedua-dua model ini bagaikan membawa kita semula zaman retro yang terus digilai hingga ke hari ini.
“Kedudukan Ducati Malaysia dalam pasaran semakin kukuh, dan pelancaran 6 motosikal baru ini pada petang ini menggariskan komitmen berterusan syarikat dan semangat yang kami ada dalam jenama itu dalam usaha untuk meletakkannya sebagai motosikal premium paling diingini dalam pasaran,” kata Ketua Syarikat Ducati Malaysia dan Next Bike Sdn Bhd Dennis Michael.
Scrambler 1100 Tribute Pro
Model ini menggunakan enjin dengan sistem penyejuk udara dan rekaan korak liverinya mengingatkan kita dengan jentera ikonik Ducati pada era 1970an lalu.
Untuk tunggangan yang mantap, para pemilik Ducati ini akan menikmati tiga mod tunggangan yang cukup mantap. Dalam mod active, enjinnya menawarkan hantaran kuasa penuh pada 86hp pada 7,500rpm dengan kuasa tork 88Nm. Respon pendikit yang tepat dan jelas serta tindak balas sistem traction control membolehkan kita menikmati tunggangan sport dalam semua keadaan.
Mod Journey juga memberikan hantaran kuasa penuh tetapi kali ini lebih lancar/lembut dengan respon pendikit juga tidak segalak mod Active. Mod Journey sesuai dipilih untuk tunggangan santai ketika mengembara. Kuasa enjin akan diturunkan sebaik sahaja kita memilih Mod City yang ditala untuk lebih selamat, santai dengan kadar sistem Traction Control berada di tahap maksimum.
Turut dilengkapkan pada model ini ialah Cornering ABS, Ducati Traction Control (DTC), pakej brek jenis Brembo, fork hadapan boleh laras Marzocchi, lampu-lampu LED, panel meter LCD lengkap dengan penunjuk posisi gear dan tahap bahan api, ekzos penyenyap jenis double, tangki keluli dengan panel sisi aluminium, ruang barang bawah pelana beserta soket USD.
Harga ditawarkan ialah RM85,900.
Scrambler Urban Motard
Model yang menzahirkan keseronokan untuk mereka sukakan dunia rancak, ceria dan menarik. Jentera motard ini mencerminkan karaktor si pemilik sebagai seorang yang cukup ceria dan gembira.
Personaliti sebagai jentera classic motard dipaparkan menerusi pemilihan rim berjejari 17 inci, hendal bar aluminium, fender hadapan tinggi, pelana yang rata khusus serta grafik eksklusif. Scrambler ini menawarkan enjin L-kembar bersaiz 803cc yang berkuasa 73hp pada 8,250 rpm dan tork 66.2Nm pada 5,750rpm
Model ini ditawarkan pada harga RM68,900. RR
Popular