Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 13 Jun 2022

Ducati Streetfighter V2 dan Streetfighter V4 Dilancarkan. Harga bermula dari RM101,900.

Dari segi nilai penjualan global, Ducati telah berjaya menjual sebanyak 59,447 unit motosikal pada 2021 dan untuk suku pertama 2022, penjualan direkodkan telah meningkat sebanyak 5% dan Malaysia merupakan antara negara paling teratas untuk Ducati di kawasan Asia Pasifik. Ducati Malaysia mengukuhkan posisinya di pasaran motosikal berkuasa tinggi di negara dengan memperkenalkan model terbaru iaitu Streetfighter V2, Streetfighter V4 SP.

Streetfighter V2 merupakan sebuah mesin jalanan yang direka untuk kepuasan para pemilik sama ada untuk tunggangan di jalan-jalan biasa mahupun di litar. Rekabentuk model ini terdiri daripada enjin kompak Superquadro dipadankan dengan casis yang cukup mantap. Lampu utamanya jenis LED hadir dengan bentuk 'V' yang memberikan imej garang tetapi pada masa yang sama mencerminkan kemewahan.

Model baru ini disempurnakan oleh enjin 955cc 90° V2 Superquadro yang memberi hantaran kuasa setinggi 153hp pada 10,750rpm dan tork 101.4 Nm pada 9,000 rpm. Untuk prestasi cemerlang, Streetfighter V2 ini turut dilengkapkan Ducati Quick Shift, sistem saspensi yang cemerlang serta pakel sistem brek cakera yang berkualiti tinggi.

Ducati Streetfighter V2 ini ditawarkan pada harga RM101,900 (tidak termasuk pendaftaran).

Streetfighter V4 SP

Ia adalah model 'naked' paling pantas, paling bertenaga pernah ditawarkan di pasaran. Jentera yang cukup anggun ini menawarkan hantaran kuasa setinggi 208hp pada 13,000rpm dan tork 123Nm pada 9,500rpm – sangat padu!

Direka tujuan untuk berorientasikan litar, Streetfighter V4 SP ialah edisi jentera jalanan yang didatangkan sepenuhnya untuk kesesuaian di litar termasuklah sistem klac kering cakera STM-EVO SBK 9, brek jenis Brembo Stylema dan sistem saspensi hadapan dan belakang yang diambil terus dari model Panigale V4 S 2021. Turut mengambil kejuruteraan model Panigale V4 S ialah sayap 'biplane' memberikan keyakinan yang tepat memecut ke tahap maksimum semasa di atas litar.

Model ini dikemaskan dengan rim magnesium bertempa Marchesini, sayap gentian karbon, madgad hadapan gentian karbon, tempat pemijak boleh laras, sistem Ducati Quick Shift (konfigurasi boleh diubah untuk sistem gear biasa atau gear versi perlumbaan) dan warna liveri Matt Black yang dipadankan dengan tangki aluminium.

Harga untuk model ini ialah RM239,900 (tidak termasuk pendaftaran). RR

Isu Pada

Julai 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.

Model Baru

Honda CB1000 Hornet & CB1000 Hornet SP 2025 Dilancarkan Untuk Pasaran Eropah

Honda Eropah kembali dalam segmen Hypernaked dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda CB1000 Hornet 2025.