Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 25 Mei 2022

Aprilia Tuareg 660 Tiba Di Malaysia

Selepas memperkenalkan SR GT 200, Didi Group juga tidak melepaskan peluang melancarkan Aprilia Tuareg 660 untuk pasaran negara yang merupakan sebuah motosikal Adventure dalam kelas pertengahan.

Aprilia Tuareg 660 hadir dengan enjin bersesaran 659cc, dua silinder, DOHC, 4 lejang dengan sistem penyejuk cecair yang sama seperti Aprilia RS 660 dan Tunono 660. Namun dari segi talaannya amat berbeza kerana model ini berkuasa setinggi 59kW (80hp) pada 9,250rpm dan tork 70.0Nm (7.13 kgm) pada 6,500rpm. Tuareg 660 juga disempurnakan enjin Euro 5 dan bertransmisi 6 kelajuan.

Sebagai sebuah jentera Adventure, jentera ini menawarkan menawarkan penunggangan yang cukup selesa di mana sahaja dengan penggunaan saspensi hadapan jenis fork USD 43mm boleh laras. Saspensi belakangnya pula dilengkapi lengan ayun aluminium dengan penyerap hentak tunggal boleh laras. Dari segi keselamatan, Tuareg 660 menggunakan sistem brek cakera berkembar 300mm (depan) dan cakera tunggal 260mm (belakang) jenis brembo yang lengkap dengan sistem ABS dua saluran.

Sistem elektronik yang terdapat pada model ini seperti Traction Control, Aprilia Performance Ride Control (APRC), Engine Brake, Engine Maps, Cruise Control dan 4 mod tunggangan. Manakala ciri-ciri lain adalah lampu LED penuh, paparan meter TFT, berat 204kg dan tangki bahan api bersaiz 18 liter.

Aprilia Tuareg 660 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Indaco Tagelmust, Acid Gold dan Martian Red dengan harga yang ditawarkan pada RM75,900. RR

Isu Pada

Julai 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.