Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Mei 2022

Yamaha Eropah Lancarkan XSR125 Legacy

Sejak Yamaha memperkenalkan model-model 'sport heritage', segmen ini ternyata telah mendapat perhatian meluas di kalangan para pencinta motosikal di seluruh dunia. Siri XSR khususnya adalah pilihan terbaik buat penunggang motosikal yang menghargai jentera retro dengan karaktor unik dan pada masa yang sama dipadatkan dengan teknologi moden.

Untuk menarik minat lebih ramai pencinta motosikal retro, Yamaha Eropah telah melancarkan XSR125 Legacy yang tidak syak lagi diasaskan daripada model XSR125 yang cukup berjaya di pasaran. Bagaimana pun, model baru ini dipermantapkan dengan perubahan gaya yang kini tampak lebih retro.

Yamaha XSR Legacy didatangkan dengan enjin 125cc (11kW), 4 injap, sistem penyejuk cecair, silinder tunggal dan berpiawaian Euro5. Salah satu ciri-ciri moden yang dimiliki oleh model ini ialah sistem Variable Valve Actuation (VVA) yang menawarkan hantaran kuasa tork yang lebih bertenaga pada putaran enjin rendah serta melancarkan proses pecutan. Ini membuatkan prestasi XSR125 Legacy terus mantap dalam semua keadaan tidak kira di laluan luar bandar mahupun di atas lebuhraya.

XSR125 Legacy disempurnakan dengan kerangka Deltabox yang ringan serta bertegaran tinggi. Kerangka ini direka asalnya untuk jentera-jentera perlumbaan yang memberikan ketepatan kawalan di laluan berselekoh dan tahap kestabilan yang tinggi di garisan lurus. Untuk disesuaikan dengan kerangka yang mantap, model baru ini dilengkapkan dengan fork hadapan jenis USD 37mm.

Yamaha retro ini dikemaskan dengan lampu-lampu retro jenis LED termasuklah lampu posisinya yang menawarkan pencahayaan cukup terang. Untuk tampak lebih menawan, rim model ini diwarnakan gaya keemasan.

Antara aksesori menarik yang ditawarkan ialah aplikasi Yamaha My Ride yang membolehkan para pemilik XSR125 Legacy menyimpan pelbagai data pada telefon pintar (iOS atau Android) seperti laluan perjalanan, jarak perjalanan, laju maksimum, purata kelajuan, kadar pecutan, sudut miringan dan banyak lagi.

Aplikasi Yamaha MyGarage pula memberi peluang buat pemiliknya untuk mengubahsuai jentera XSR125 Legacy mereka dengan aksesori tulen Yamha menggunakan telefon pintar atau komputer riba. Apabila sudah berpuas hati dengan pengubahsuaian itu, mereka dapat melihat hasilnya dalam imej 3D. Untuk info mengenai MyGarage ini, sila layari: http://www.yamaha-motor.eu. RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.

Warta Roda

Penunggang motosikal berkuasa tinggi terlibat dalam kemalangan maut...

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu warga emas maut selepas kedua-dua kenderaan tersebut bertembung dalam kejadian di Kilometer 11 Jalan Pan Borneo, di sini pada hari Ahad yang lalu.