Honda Dash 125 2022 - Lebih Sporty & Berpiawaian Euro4
Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda Dash125 baru yang kini mematuhi piawaian emisi EURO 4. Honda Dash125 baru membawa kombinasi sempurna dari segi penampilan yang sporty, posisi menunggang cukup selesa yang sememangnya berbaloi untuk dimiliki oleh semua jenis penunggang.
Honda Dash125 sentiasa mendapat tempat di hati pengguna motosikal Malaysia dengan adanya penggayaan yang sporty, tahap penjimatan bahan api dan kecekapan di jalanan. Model 2022 ini dikuasakan oleh enjin 125cc yang telah diperhalusi untuk pergerakan lebih lancar dan selamat. Rekacorak grafik baru pula memberikan kesegaran dari sedi idea yang menjurus kepada kemodenan dan kesesuaian generasi kini.
Bahagian hadapan disempurnakan dengan visor baru untuk lebih aerodinamik serta ancar apabila menunggang, lebih-lebih lagi sewaktu memecut. Satu lagi tambahan anggun pada rekabentuk bahagian atas hendal yang kini tampak menyenangkan. Dash125 baharu juga disertakan lampu hadapan LED untuk pencahayaan yang lebih terang/jelas dalam apa jua keadaan. Honda Dash125 turut dikemaskan dengan panel meter baharu yang memaparkan segala info-info penting dengan jelas.
Honda Dash 2022 ditawarkan pada harga cadangan RM6,449(tidak termasuk pendaftaran, insurans dan cukai jalan). Terdapat tiga warna pilihan iaitu Candy Scintillate Red, Pearl Nightfall Blue dan Clipper Yellow. Setiap pembelian akan menerima waranti kilang untuk 2 tahun atau 20,000 kiloeter perjalanan (yang mana terdahulu). RR
Popular