Warna Ulang Tahun ke-60 World GP Diabadikan Pada Yamaha Y16ZR
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-60 World GP, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan model edisi terhad Yamaha Y16ZR untuk pasaran tempatan. Model edisi terhad ini hanya terdapat 5,000 unit sahaja di Malaysia yang ditawarkan pada harga disyorkan RM11,688 seunit (tanpa pendaftaran & insurans).
Y16ZR Edisi Ulang Tahun ke-60 World GP dilengkapi dengan rekacorak ikonik Yamaha, skema warna merah dan putih beserta kemasan sport rim berwarna emas bagi menyerlahkan rupabentuknya yang lebih sporty. Terdapat juga lambang khas Ulang Tahun ke-60 pada jentera tersebut.
Yamaha Y16ZR didatangkan dengan enjin 155cc, SOHC, 4-lejang dengan sistem penyejuk cecair. Enjin berteknologikan VVA (Variable Valve Actuation) ini menghasilkan kuasa 17.7hp pada 9,500rpm dan tork 14.4Nm pada 8,000rpm.
Model ini juga turut disempurnakan dengan sistem Assist & Slipper Clutch agar memudahkan pengguna menukar kedudukan gear yang lebih rendah.
HLYM juga turut melancarkan koleksi pakaian World GP 60th Anniversary yang boleh didapati di kedai online GenBlu untuk digayakan bersama dengan Y16ZR edisi terhad ini.
Setiap pembelian jentera ini juga akan menerima sijil penghargaan, Tumbler Premium World GP 60th Anniversary, pin edisi terhad dan keychain premium. Di samping itu, pemilik model ini juga akan menerima kunci cakera Yamaha yang bernilai RM100. RR
Popular