Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 24 Mac 2022

Stilride Keluarkan Skuter Dari Konsep Origami

Pengeluar motosikal dari Sweden iaitu Stilride mendedahkan akan menampilkan sebuah skuter baru bernama SUS1 yang menggunakan teknik origami Jepun dalam rekabentuknya.

Skuter unik itu akan dikuasakan oleh enjin elektrik 15hp (11kW) yang menggunakan bateri litium-ion 6kWh. Enjin baru ini juga memiliki kemampuan untuk memulihkan/mengecas tenaganya semula setiap kali membrek.

Buat masa ini, perkongsian lembaran spesifikasi rasmi Stilride untuk SUS1 tidak menyatakan nilai berat kering tetapi ada menyentuh soal tahap kelajuan tertinggi iaitu 100kmj (62bsj) dan jarak maksima perjaanan iaitu sekitar 120km. SUS1 akan didatangkan dengan tayar-tayar bersaiz 130/70, 13-inci, fork hadapan jenis USD, penyerap hentak belakang boleh laras dan mungkin hadir dengan mod tunggangan (belum dinyatakan secara rasmi lagi).

kredit gambar: www.stilride.com
kredit gambar: www.stilride.com

Menurut Stilride, 'SUS' adalah singkatan kepada ‘Sports Utility Scooter’ dan apabila skuter ini mampu memecut mencecah 100kmj, ia memang sporty. Berbekalkan kemantapan hantara kuasa 15hp, ia hampir sama dengan unit-unit motosikal 125cc biasa.

Dengan kaedah seperti origami, proses pembuatan mengggunakan robot bergelar 'robotic artisans' yang menggunakan teknologi Stilfold untuk melipat/membentuk keluli mengikut apa saja bentuk yang mereka inginkan. Teknologi Stilfold ini lebih kuat serta meningkatkan tahap kitar semula bahan-bahan yang digunakan.

contoh-contoh lipatan origami yang mudah & popular.
contoh-contoh lipatan origami yang mudah & popular.

Menurut Stilride, teknologi Stilfold dan teknik yang diilhamkan oleh origami membolehkan pengurangan berat sebanyak 40%, meminimumkan komponen ke tahap 70%, kos bahan 20% lebih rendah dan pastinya penjimatan dari segi kos buruh mencecah 25%. RR

Info/gambar: http://www.visordown.com

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Model Baru

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.