Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 9 Mac 2022

HLYM Lancar Yamaha 135LC FI

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah memperkenalkan sebuah model yang paling ditunggu-tunggu buat pencinta dua roda iaitu Yamaha 135LC FI. Jentera ini didatangkan dalam dua varian iaitu Standard dan Special Edition (SE).

Edisi Khas
Edisi Khas

Yamaha 135LC FI 2022 telah menerima perubahan rupabentuk keseluruhan yang cukup ketara. Bukan itu sahaja, jentera ini juga telah dilengkapi dengan enjin suntikan bahan api EU4 serba baru di mana model sebelum ini menggunakan sistem bahan api jenis karburator. Oleh itu, enjin 135cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 9.3kW pada 8,000rpm dan tork 12.2Nm pada 6,000rpm.

Kerangka jenis Backbone juga dinaik taraf agar lebih ringan dan kukuh serta menjadikan model ini tampak dinamik dan ergonomik untuk tunggangan harian. Manakala rekabentuk yang lebih aerodinamik menawarkan pengalaman menunggang menyeronokkan. Dari segi keselamatan pula, Yamaha 135LC FI kini dilengkapi dengan penggunaan brek jenis cakera di bahagian belakang serta lengan ayun rekaan baru untuk kuasa membrek yang lebih meyakinkan.

Yamaha 135LC FI hadir dalam empat warna pilihan iaitu Ruby Red, Midnight Star, Crystal Cyan dan Desert Storm (SE). Bagi varian SE disertakan dengan Bakul Premium Yamaha yang dibangunkan secara eksklusif, terdapat bahagian buka & tutup untuk menyimpam barangan peribadi serta soket pengecas USB.

Antara ciri-ciri lain yang dinaik taraf antaranya:

  • Lampu utama dan belakang jenis LED
  • Paparan meter digital
  • Tangki bahan api 4.6 liter

Model ini akan berada di semua pengedar sah Yamaha seluruh Malaysia bermula 14 Mac 2022. Yamaha 135LC FI ditawarkan pada harga yang syorkan RM7,798 (standard) dan RM8,198 (SE) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Kesemua harga tanpa pendaftaran dan insurans. Para pemilik juga akan menerima brek cakera Yamaha bernilai RM100. RR

Isu Pada

April 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Mforce Bike Holding selaku pengedar rasmi jenama Moto Morini di Malaysia dengan bangganya melancarkan model ketiga hari ini iaitu Calibro 700.

Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.