Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Disember 2021

Moto Morini X-Cape 650 - Ciptaan Yang Cukup Dinamik

Moto Morini merupakan pengeluar motosikal dari Itali yang telah pun berada di pasaran dunia sejak tahun 1937 lalu. Syarikat yang beroperasi di Milan, Itali ini terus kekal bersaing hingga ke hari ini menerusi beberapa model menarik seperti Corsaro 1200ZZ, Corsaro 1200ZT, Milano 1,187cc dan yang terbaru ialah X-Cape 650 serta Seiemmezzo 649cc.

Ketika di pameran motosikal EICMA November lalu, antara yang mendapat perhatian ialah X-Cape 650. Ia adalah jentera DP yang direka untuk menguasai jalan-jalan lasak dengan mudah. Memang tidak disangka, Moto Morini berjaya melahirkan sebuah mesin yang memiliki rekabentuk rugged, selesa, versatil dan menyeronokkan.

X-Cape didatangkan dengan enjin 649cc, silinder-kembar DOHC, 4 lejang, sistem penyejuk cecair, yang berkuasa 44kW pada 8,250rpm dan tork 56Nm pada 7,000rpm. Model ini dilengkapkan dengan lampu-lampu LED, panel meter TFT 7” yang informatif, cermin pengadang angin boleh laras, sistem penyambungan media, pot USB dan brek-brek jenis Brembo.

Untuk kawalan sempurna di laluan-laluan mencabar, jentera setinggi 820/845mm ini disempurnakan dengan kerangka jenis trellis, kelegaan tanah 175mm dan lengan ayun jenis aluminium.

Model ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu Red Passion, Smoky Anthracite dan Carrara White. RR

Kredit Foto: EICMA & Moto Morini

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Warta Roda

Mforce Bike Holdings Rancang Untuk Anjurkan MFORCE MOTORSHOW 2026

Bagi menjawab desas-desus ramai pihak mengenai penyertaan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. di Malaysia Autoshow 2025 nanti, pihak Mforce akhirnya telah membuat kenyataan mengapa terpaksa melepaskan hasrat untuk menyertainya.

Dari Litar

Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2025 Dilancarkan

Saingan PETRONAS Cub Prix 2025 telah pun dilancarkan di LYL International Karting Circuit semalam.

Dari Litar

Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

Juara WSBK 2024, Toprak Razgatlioglu akhirnya kembali ke podium tertinggi selepas melakukan magik untuk mencipta mencipta sejarah kemenangan ke-59 dan ke-60 dan menyempurnakan hatrik dalam saingan pusingan 2 yang berlangsung di Litar Autodromo Internacional do Algarve baru-baru ini.