BMW Motorrad Malaysia Lancar BMW R 18 Bagger & BMW R 18 Transcontinental
Ahli keluarga BMW R 18 kini semakin besar dengan ketibaan dua varian serba baru iaitu BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental. Kedua-duanya hadir secara eksklusif sebagai 'Firsat Edition' yang akan mengembangkan lagi portfolio jenama ini di pasaran tempatan.
BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu menggabungkan kemantapan hantaran kuasa dengan konsep pembinaan casis berdasarkan model-model terdahulu. BMW R 18 Bagger direka untuk memberikan pengalaman menunggang yang indah manakala BMW R 18 Transcontinental pula menampilkan pelbagai elemen rekabentuk yang diperhalusi serta teknologi motosikal serba moden yang ideal untuk perjalanan jarak jauh.
BMW R 18 Bagger dilengkap dengan fairing cermin penghadang udara lebih rendah. Sentuhan maskulin juga diberikan pada enjin dalam warna hitam matte metalik, komponen-komponen berwarna hitam.
BMW R 18 Transcontinental pula dilengkapkan dengan penghadang angin yang tinggi dan direka untuk pengembaraan jauh. Model ini menawarkan tahap keselesaan yang membolehkan kita menikmati perjalanan jauh dengan tenang. Kemewahan ini nampak jelas menerusi rekabentuk luaran model ini. Pelana pembonceng yang luas dan selesa, fork hadapan krom, lampu-lampu LED, ruang kokpit yang elegan, lampu-lampu sisi krom, rim krom, cermin sisi krom dan banyak lagi.
Siri BMW R18 Bagger dan Transcontinental dilengkapkan dengan enjin 1802 cc yang berkuasa 67kW (91hp) pada 4,750rpm dan tork 158Nm pada 3,000rpm. Model ini juga disempurnakan dengan sistem elektronik canggih seperti sistem mod tunggangan (Rain, Roll & Rock), Automatic Stability Control (ASC), Engine Drag Torque Control (MSR), Hill Start Control, sistem kunci pintar dan Active Cruise Control (ACC).
Rekaan kokpit untuk kedua-dua model baru ini juga telah direka semula – tampilkan panel meter TFT bersaiz 10.25 inci yang disepadankan empat panel meter analog (rpm, kelajuan, bahan api dan power reserve). Panel meter ini juga boleh digunakan untuk tujuan navigasi.
Model terbaru BMW R 18 Bagger ditawarkan pada harga RM186,500 manakala BMW R 18 Transcontinental RM198,500 (harga tidak termasuk insurans dengan waranti 3 tahun dan Program Bantuan Jalanraya BMW Motorrad juga untuk tempat 3 tahun. RR
Popular