Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 Disember 2021

Royal Enfield SG 650 Concept Diperkenalkan

Royal Enfield (RE) merupakan peneraju global dalam segmen motosikal berkuasa sederhana (250cc-750cc) dan kini membuka lembaran terbaru dengan melancarkan Royal Enfield SG 650 Concept yang menawarkan ekspresi kreatif dan tahap kemodenan terkini.

Model ini adalah hasil kebijaksaan pasukan Royal Enfield’s Industrial Design yang diketuai oleh Mark Wells. Matlamat pasukan ini adalah untuk membina sebuah motosikal unik yang menggabungkan rekabentuk gaya klasik dan masa depan beserta teknologi yang seiring dengan tahap kemodenan sekarang ini.

SG 650 berada di antara sebuah cruiser dan cafe racer dengan mengekalkan DNA model Bullet yang kemudiannya dimantapkan dengan skima warna cyberpunk yang tampak cukup menarik. Ia disempurnakandengan enjin 648cc, kembar parallel, sistem penyejuk cecair/minyak

Tangki dibuat daripada aluminium menggunakan mesin CNC dan dikemaskan dengan grafik digital yang bererti gabungan generasi baru dan lama. Brek depan dan belakang hadir dengan sistem ABS manakala pengendalian dikawal oleh fork hadapan jenis USD, bar hendal rendah/lebar manakala keselesaan di belakang datangnya dari penyerap hentak berspring yang disepadukan pada bahagian casis.

Lampu utama jenis LED disatukan dengan panel meter digital berbentuk bulat yang mengembalikan nostalgia dan kenangan jentera retro. Sistem ekzos kiri dan kanan jentera ini yang dipadankan pada SG 650 ini memang cantik, mantap dan memberikan RE ini tampak cukup seimbang.

Pastinya ia adalah satu penampilan yang sememangnya membuka mata para pencinta motosikal di EICMA baru-baru ini. Royal Enfield telah membuktikan pengalaman luas mereka dalam dunia dua roda. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 dijangka dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei 2025 harganya pula dijangka bawah RM30k.

Dari Litar

Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

Boon Siew Honda telah mengumumkan nama pasukan baru tahun ini iaitu Honda Racing Malaysia untuk memberi cabaran dalam saingan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC), Superbike World Championship (WSBK), dan Malaysia Superbike Championship (MSBK).

Model Baru

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

Sejak kemunculan sebagai model konsep, pihak syarikat telah menghabiskan lebih daripada 800 hari dengan melakukan penambahbaikan tanpa henti untuk model sport, JEDI K333.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.