Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 25 November 2021

Honda ADV350 2022 dilancarkan di Pameran EICMA

Honda telah melengkapkan dewan pameran mereka di EICMA Milan tahun ini dengan beberapa model terbaru yang menawarkan ciri-ciri serba moden. Antara model yang mendapat perhatian ialah Honda ADV350 dengan konsep 'New Urban Adventure'.

Konsep ini diinspirasikan daripada model X-ADV yang menggabungkan canggih dan praktikal dalam satu tubuh dengan gaya lasak bagaikan sebuah SUV. Honda akan sentiasa memastikan ADV350 ini sedia untuk menakluki jalanan biasa mahu pun yang lasak.

Rekabentuknya rugged tetapi mewah memang menggiurkan. Pelananya empuk manakala ruang barangan di bawah bersaiz 48 liter boleh menyimpan dua buah topi keledar 'full-face'. Terdapat juga unit pengecas USB di ruang barang depan yang turut sesuai untuk menyimpan sarung tangan. Model ini menggunakan sistem Kunci Pintar, panel meter LCD dan sistem Honda Smartphone Voice Control.

Honda ADV350 didatangkan dengan enjin 330cc, 4 lejang, enhanced Smart Power (eSP), SOHC yang berkuasa 21.5kW pada 7,500rpm dan tork 31.5Nm pada 5,250rpm. Enjin dengan homologasi Euro5 ini juga dilengkapkan dengan sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) dua tahap.

Bahagian depan dikemaskan dengan penggunakan lampu-lampu LED yang terang dan cantik. Cermin pengadang angin skuter ini boleh dilaras kepada dua ketinggian agar disesuaikan untuk tunggangan bandar mahu pun di lebuhraya. Bahagian bawah fairing diwarna hitam untuk tampak lebih elegan dan lasak.

Kerangkanya jenis tubular yang dihasilkan ringan tetapi cukup tegar merupakan kekuatan utama skuter ini. Ia dipadankan pula dengan fork depan USD cukup mantap untuk merentasi laluan berliku dengan tangkas. Tayar-tayar bersaiz 120/70-15 (depan) dan 140/70-14 di belakang dikawal dengan sempurna oleh sistem brek jenis cakera yang efisien.

Terdapat tiga warna pilihan untuk model ini iaitu Spangle Silver Metallic, Matt Carbonium Grey Metallic dan Matt Carnelian Red Metallic. RR

Antara aksesori tulen yang ditawarkan untuk model ini ialah:

  • kotak barang 'top' 50 liter
  • rak barang belakang
  • beg dalaman (inner bag)
  • pemanas pendikit
  • Pengunci U
Isu Pada

Januari 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.