Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Mac 2019

APRILIA SHIVER 900 Masuki Pasaran Negara

Didi Resources Sdn Bhd (Aprilia Official Malaysia) telah melancarkan sebuah model jalanan (naked) terbaru iaitu Aprilia Shiver 900 yang menawarkan gabungan rekabentuk yang anggun dan prestasi enjin yang cukup mantap. Pelancaran kepada model ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Didi Resources Sdn Bhd, En. Goh Kian Sin dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengurus Besar Didi Resources Sdn Bhd, En. Juan Chow Wee.

Sememangnya model Shiver 750 sudah tidak asing lagi buat para pengguna motosikal di Malaysia. Ia diminati kerana memiliki prestasi enjin yang cemerlang, tunggangan yang selesa dan tahan lasak. “Model Shiver sebelum ini terbukti telah mendapat sambutan hangat oleh penunggang motosikal di Malaysia dan kami percaya, model terbaru ini turut mendapat reaksi yang lebih baik,” kata En. Goh Kian Sin.

“Sejak mengambil alih hak pengedaran, kami komited untuk memberikan lebih banyak nilai dari  aspek pengaktifan gaya hidup, khidmat lepasan jualan dan alat ganti di seluruh negara,” tambah beliau.

Model terkini, Aprilia Shiver 900 disempurnakan dengan enjin v-kembar, sistem penyejuk cecair yang memiliki hantaran kuasa setinggi 95.2hp pada 8,750rpm dan tork maksimum 90Nm pada 6,500rpm. Seperti model-model Aprilia lain, Shiver 900 menarik minat kita menerusi rekabentuk luarannya yang garang dan moden. Bahagian depan dikemaskan dengan lampu LED, panel meter TFT dan ruang kemasukan udara yang direka bagaikan bersepadu dengan tangki sebesar 15 liter.

Untuk kepuasan pemiliknya, Aprilia turut mempermantapkan lagi model baru ini dengan pakej sistem elektronik seperti Advance Traction Control, sistem ABS, sistem Ride-by-Wire dengan tiga mod tunggangan iaitu Sport, Rain dan Touring. Dengan pengagihan hantaran kuasa yang berbeza untuk ketiga-tiga mod tunggangan itu, setiap masa bersama Shiver ini pastinya menyeronokkan. Model ini juga dilengkapi sistem Aprilia MIA yang memberi penyambungan terus kepada telefon pintar untuk maklumat panggilan, muzik, navigasi, arahan pemilihan laluan dan lain-lain.

Model jalanan yang serba mantap ini ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Hi Tech Silver, Challenging Red, Innovatif Dark dan dijual pada harga RM72,000. Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi The Gasket Alley Petaling Jaya dan para pengedar rasmi Aprilia seperti Welly World Cycle Sungai Buloh dan Sheng Fatt Sdn Bhd, Pulau Pinang. RR

Isu Pada

Mac 2019

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Warta Roda

Ops Khas Motosikal Hari-4, Lebih 11,000 Saman Sudah Dikeluarkan

Baru empat hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan kepada pengguna motosikal.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Model Baru

Honda CB1000 Hornet & CB1000 Hornet SP 2025 Dilancarkan Untuk Pasaran Eropah

Honda Eropah kembali dalam segmen Hypernaked dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda CB1000 Hornet 2025.