Perjalanan Lebih Seronok Dengan Yamaha Ego Gear
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd telah melancarkan skuter terbaru iaitu Yamaha Ego Gear yang menawarkan rekabentuk menarik, posisi tunggangan selesa, jimat petrol dan sesuai untuk semua golongan penunggang.
Skuter terbaru Yamaha EGO Gear digerakkan oleh enjin BlueCore 125cc generasi baru dengan teknologi Smart Moyot Generator (SMG) yang disambungkan pada penunjuk 'ECO-Mode' bagi perjalanan yang lancar dan senyap. Model ini juga didatangkan dengan sistem 'Stop & Start' untuk kecekapan penggunaan bahan api dalam perjalanan harian anda.
Gabungan lampu hadapan dan lampu pandu jenis LED bukan sahaja tampak model tetapi juga menawarkan pencahayaan yang terang di waktu siang atau malam. Panel meter skuter baru ini juga direka lebih cantik dan mudah dilihat.
Untuk sesuai untuk semua tujuan perjalanan, skuter ini dilengkapkan dengan soket elektrik untuk mengecas telefon atau alat digital yag lain. Antara ciri-ciri lain menarik yang menanti bakal pemilik skuter baru ini ialah lampu kecemasan, lantai pemijak anti-gelincir dan ruang kaki yang luas.
Yamaha EGO Gear baru ini hadir dalam tiga warna menarik iaitu Perak, Merah dan Biru dengan harga cadangan RM 5,418.62 (tanpa yuran pendaftaran dan insurans). Setiap pembelian Ego Gear akan mendapat pengunci brek cakera. RR
Popular