Didi Resources Lancar Moto Guzzi V7 Stone Centenario – RM72,900 Seunit
Moto Guzzi merupakan pengeluar motosikal dari Itali sejak tahun 1921. Pada tahun 2021 usia jenama itu telahpun mencecah 100 tahun. Bersempena meraikan ulang tahun tersebut, Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Moto Guzzi di Malaysia telah memperkenalkan model terbaru V7 Stone Centenario.
Model edisi terhad ini ditawarkan dengan rekacorak grafik eksklusif iaitu Centennial Livery yang menggunakan gabungan warna hijau di bahagian panel sisi dan mudguard hadapan, tangki bahan api bewarna perak serta pelana kulit warna coklat gelap. Bagi melengkapkan penampilan model edisi terhad ini, logo Moto Guzzi di sisi tangki dikemaskan dengan warna emas dan beberapa pelekat khas ulang tahun ke-100.
Moto Guzzi V7 Stone Centenario didatangkan dengan enjin 850cc dan mampu menjana kuasa 65hp pada 6,800rpm sama seperti model V85 TT. Enjin yang dibangunkan di Mandello ini menawarkan kuasa yang cukup mantap dan prestasi lebih menyeronokkan. Enjin serba baru ini menghasilkan kuasa lebih 25% berbanding enjin lama (52hp pada 6,200rpm). Manakala tork 60Nm pada 4,250rpm ditingkatkan kepada 73Nm pada 5,000rpm.
Antara kelengkapan lain yang ada pada V7 Stone Centenario adalah panel sisi serba baru, mudguard belakang lebih pendek, pelana dua tingkat yang selesa, brek-brek cakera, sistem ABS dua saluran dan sistem ekzos baharu yang membuatkan jentera ini tampak lebih menarik.
Mode ini juga turut dipadankan dengan beberapa ciri moden seperti lampu utama jenis LED dengan lampu DRL berbentuk logo Helang Moto Guzzi dan panel meter digital bulat yang memaparkan info-info penting buat para penunggang.
Moto Guzzi V7 Stone Centenario dijual pada harga RM72,900 seunit dan boleh didapati di seluruh negara. RR
Popular