Yamaha Y16ZR Edisi DOXOU Diperkenalkan – RM11,688
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya telah memperkenalkan Yamaha Y16ZR edisi DOXOU. Model ini merupakan jentera edisi terhad yang hanya dijual sebanyak 5,000 unit sahaja dalam pasaran negara.
Untuk menampilkan gaya hidup premium dan Sporty, model edisi DOXOU ini ternyata tampak lebih menyerlah dengan kombinasi warna yang cukup menarik sekali iaitu warna merah dan biru. Selain itu, bahagian roda menggunakan warna yang berbeza di depan dan belakang.
Yamaha Y16ZR didatangkan dengan enjin bersesaran 155cc, silinder tunggal, SOHC, sistem penyejuk cecair serta Variable Valve Actuation (VVA). Jentera ini menghasilkan kuasa maksimum 13.2kW (17.7hp) pada 9,500rpm dan tork 14.4Nm pada 8,000rpm. Enjin bertransmisi 6 kelajuan ini juga turut disempurnakan dengan sistem klac jenis Assist & Slipper untuk proses pecutan yang sempurna.
Antara ciri-ciri lain yang ada pada model ini seperti lampu-lampu LED, paparan meter digital, brek-brek jenis cakera, berat 119kg dan isi tangki bahan api 5.4 liter.
Yamaha Y16ZR edisi DOXOU berada di semua pengedar sah Yamaha seluruh negara bermula 21hb Oktober 2021. Model ini ditawarkan pada harga yang disyorkan RM11,688 (tanpa insurans dan pendaftran) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer yang mana terdahulu.
Selain menerima brek cakera Yamaha bernilai RM100, pemilik Y16ZR DOXOU ini juga akan menerima set hadiah eksklusif DOXOU yang terdiri daripada sijil pemilikan, visor Sporty Y16ZR dengan skru warna khas dan lambang edisi terhad DOXOU.
Bersempena dengan pelancaran model ini, anda juga boleh membeli satu siri pakaian DOXOU yang terdapat di Genblu Online Shop. RR
Popular