Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Oktober 2021

Hong Leong Yamaha Motor Lancar Skuter Maksi T-Max 560 - Harga RM72,288

Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan skuter mewah Yamaha TMax 560 yang menawarkan rekabentuk anggun, spesifikasi cukup padu dan sistem elektronik yang moden.

Skuter yang sememangnya antara yang paling popular di seluruh dunia ini disempurnakan dengan enjin 562cc yang memiliki kuasa maksimum setinggi 35kW pada 7,500rpm dan tork 55.7Nm pada 5,250rpm. Dengan casis yang ringan, ruang barang bawah pelana yang luas dan posisi menunggang cukup selesa.

Antara teknologi terkini yang bakal dinikmati oleh setiap pemilik skuter ini antaranya ialah panel meter TFT, mode tunggangan (D-Mode), sistem Traction Control (TCS) dan lampu-lampu LED yang cukup cantik. TMax 560 juga didatangkan dengan cermin pengadang udara boleh laras, tangki 15 liter, pemanas pendikit dan pelana untuk keselesaan tunggangan.

Yamaha TMAX 560 mula berada di pusat pengedar rasmi Yamaha Big Bike bermula hari ini (16 Oktober 2021) dengan menawarkan dua pilihan warna iaitu Tech Kamo dan Power Grey. Skuter maksi ini dijual pada harga RM 72,288 (tidak termasuk insurans dan bayaran pendaftaran). Setiap pemilik TMax 560 ini juga bakal menerima Big Bike Key Pouch yang dibuat khas di Royal Selangor termasuk kunci brek cakera.

Turut dipertontonkan ialah dua lagi model baru yang bakal ditawarkan kelak iaitu Yamaha MT-09 dan Yamana Tracer 9 GT. MT-09 dilengkapkan dengan enjin 889cc, tiga silinder dengan kuasa maksimum 117.3hp pada 10,000rpm dan tork 93.0Nm pada 7,000rpm. Memang banyak perbezaannya berbanding model lama. Untuk Tracer 9 GT pula, enjin tiga silider bersesaran 889cc memiliki kekuatan maksimum setinggi 87.5kW pada 10,000 rpm dan tork 93Nm pada 7,000rpm.

Harga untuk kedua-dua model ini bakal diumumkan pada bulan November 2021 ini. Tunggu ya! RR

Isu Pada

November 2021

Popular

  • Warta Roda

    Lagi kes bengkel terbakar. Kali ini 7 buah motosikal hangus dijilat api!

  • Dari Litar

    Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

  • Warta Roda

    Lelaki tumbuk pemandu wanita selepas anak dilanggar.

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Santai Bersama Yamaha: MT-09 Syok Ke Mana Sahaja!

Okay...sekarang masa untuk menikmati MT-09 V4 pula, Saya dan Redz bertukar-tukar motor, nanti boleh borak tentang perbezaan dan persamaan antara kami berdua. Tinggi Redz sekitar 168cm dan saya pula 179cm, mesti lah ada beza kan?

Warta Roda

Lagi Kereta Langgar Lampu Isyarat Merah Rempuh Dua Motosikal

Lagi nahas tentang kereta langgar lampu isyarat Merah dan merepun dua motosikal.

Model Baru

VOGE DS800 Rally - Prestasi dan spesifikasi menarik perhatian!

LONCIN Motor Co., Ltd merupakan pengeluar motosikal yang diasaskan pada tahun 1993 dan VOGE merupakan jenama premium mereka. Selain dua roda, Loncin juga mengeluarkan kereta elektrik, generator, mesin rumput, jentera perindustrian dan helikopter drone. VOGE memberi tumpuan dalam penjualan motosikal dan pelbagai jenis komponen motosikal yang berkualiti tinggi.

Model Baru

Triumph Tiger Sport 800 Serba Baharu Diperkenalkan

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Triumph di Malaysia telah memperkenalkan Tiger Sport 800 serba baharu.