Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 7 Oktober 2021

MV Agusta F3 RR 2022 – Menggetarkan Jiwa!

Mungkin ini antara model Sport baru yang memberikan 'Cinta Pandang Pertama' buat sesiapa sahaja yang melihatnya. Untuk mencabar pasaran motosikal sport, MV Agusta telah melancarkan F3 RR 2022 serba baru yang memiliki spesifikasi lebih moden, pakej prestasi mantap serta evolusi teknikal yang mengagumkan.



Untuk kesempurnaan model baru ini, prestasinya dipastikan bertambah baik berbanding sebelum ini dan hasil daripada kajian aerodinamik yang teliti serta penambahan elemen teknikal, ia meletakkan model F3 RR berada di tahap tertinggi khususnya dari segi prestasi dan ketepatan dalam tunggangan.

Bagi mendapatkan respon yang lebih tepat serta tempoh keserasian yang pendek, kerangka F3 RR telah direka semula dengan penumpuan kepada bahagian lengan ayun dan sistem penyerap hentak yang memiliki kemampuan untuk digunakan dalam litar mahupun di jalanan biasa. Rim F3 RR direka lebih spesifik dengan penjimatan berat sehingga 7% dan pengurangan inersia sebanyak 10%.

Enjin 'Trepistoni' (tiga silinder) menawarkan hantaran kuasa setinggi 147hb (155hp menggunakan Kit Perlumbaan – ekzos & pemetaan ECU) dan mampu dipecut mencapai kelajuan tertinggi lebih daripada 240km/j. Kemantapan hantaran kuasa jentera ini juga adalah hasil daripada kuasa tork yang setinggi 88Nm pada 10,100rpm.

MV Agusta sentiasa berusaha untuk memberikan kepuasan buat setiap pemiliknya. Untuk itu, F3 2022 hadir dengan sistem Quick-Shift EAS 3.0, Front Lift Control, Launch Control, Gear Sensor, Cruise Control, GPS, Bluetooth, Mod Tunggangan 4 Tahap dan Traction Control.

Turut menymbang kepada prestasi unggul F3 RR ini ialah fork hadapan USD jenis Marzocchi serta penyerap hentak tunggal Sachs di belakang. Jentera ini juga didatangkan dengan brek-brek Brembo bersaiz 320mm di depan dan 220mm di belakang.

Antara ciri-ciri menarik lain yang menanti para pemiliknya ialah rekabentuk baru lebih aerodinamik, enjin berpiawaian Euro5, sistem suntikan bahan api bertekanan tinggi, radiator dwi-arah, platform IMU 6-axis, panel meter TFT berwarna penuh, talaan sistem saspensi baru dan rim lebih padu. RR

Isu Pada

November 2021

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

Kawasaki ZX-6R 2025 Sudah Boleh Ditempah Bermula 1 Disember Ini. Harga asas RM59,900

MODENAS telah melancarkan kempen pra-tempahan untuk model ZX-6R terbaru bermula pada 1 Disember 2024 di semua bilik pameran Kawasaki All-Star.

Warta Roda

LCR Honda Fan Enduro Day!

Berbeza dengan sebelum ini, pihak GIVI telah mengadakan LCR Honda Fan Enduro Day bertempat di KEV Enduro Park, Gamuda Gardens, Rawang.

Model Baru

Honda CB1000 Hornet & CB1000 Hornet SP 2025 Dilancarkan Untuk Pasaran Eropah

Honda Eropah kembali dalam segmen Hypernaked dengan melancarkan model terbaru iaitu Honda CB1000 Hornet 2025.