Vespa Sprint S 150 2021 Dengan Paparan Meter TFT
Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah memperkenalkan Vespa Sprint S 150 baru yang dilengkapi dengan paparan meter TFT. Model ini direka buat mereka yang inginkan gaya hidup dinamik, canggih dan berkualiti mengikut perkembangan trend semasa.
Paparan meter TFT berwarna ini boleh disambungkan dengan telefon pintar menggunakan sistem Vespa MIA melalui Bluetooth yang berfungsi untuk menjawap panggilan, notifikasi, navigasi dan kawalan muzik. Sistem ini juga membolehkan penunggang menguruskan panggilan dengan bantuan 'Joystick' yang berada di bar hendal sebelah kiri. Aplikasi Vespa boleh di dapati di Google Play untuk peranti Android manakala iOS di App Store.
Vespa Sprint S 150 ini disempurnakan dengan enjin Piaggio I-get silinder tunggal, 4 lejang, 3 injap, penyejuk udara serta sistem suntikan bahan api elektronik PFI. Enjin bersesaran 154.8cc ini juga mampu menghasilkan kuasa maksimum 9.5kW pada 7,750rpm dan tork 12.8Nm pada 6,500rpm.
Antara kelengkapan lain yang terdapat pada Vespa Sprint S 150:
- Lampu-lampu LED
- Brek jenis cakera 200mm (depan) & gelendong (belakang)
- Sistem ABS
- Saspensi hadapan jenis lengan ayun tunggal dan penyerap hentak hidraulik
- Penyerap hentak berkembar boleh laras di bahagian belakang
- Isi tangki 7 liter
Vespa Sprint S 150 TFT Edition boleh dimiliki pada harga RM19,900 dengan dua pilihan warna yang eksklusif iaitu Bronzo Antico dan Nero Opaco. Pemilik jentera ini akan menerima waranti selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RR