Honda CB500F 2022 Tampil Dengan Beberapa Ciri Baru
Honda CB500F sering diklasifikasikan sebagai sebuah mini-streetfighter disebabkan saiz enjin dan saiz keseluruhannya. Itu betul...CB500F dicipta untuk kesesuaian tunggangan umum, tidak kira umur, jantina dan latar belakang seseorang penunggang itu. Jentera jalanan ini mudah ditunggang, tahan lasak, sporty dan cantik.
Untuk terus memberikan yang terbaik buat para peminat Honda, CB500F 2022 dilengkapkan dengan fork hadapan baru Showa Separate Funcion Fork Big Piston (SFF-BP) yang bersaiz 41mm. Kawalan dan pengendalian bahagian hadapan ini turut dimantapkan dengan sepasang brek cakera Nissin 296mm. Ini adalah pengganti brek cakera tunggal 320mm yang dilengkapkan pada model lama.
Model 2022 didatangkan dengan enjin 471cc, silinder-kembar parallel yang berkuasa 35kW pada 8,600rpm dan tork 43Nm pada 6,500rpm.
CB500F turut didatangkan dengan lengan ayun dan rim lima jejari baru yang lebih ringan dan ditambah pula dengan tempat pemijak jenis aluminium. Honda menyatakan lengan ayun baru ini direka lebih fleksibel agar pergerakan di kawasan berselekoh bertambah tangkas.
Walaupun masih kekal pada 189kg, agihan berat telah ditukar dengan memberi penambahan keberatan di bahagian hadapan. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi tahap cengkaman tayar depan.
Lampu hadapan Honda ini juga dikemaskan dengan menggunakan LED agar suluhan lebih jelas. Kerangka diamond-tube yang berdiameter 35mm masih digunakan, sama seperti model sebelum ini. Tangki CB500X bersaiz 17.1 liter dan dikatakan mampu dibawa mengembara sekitar 485 kilometer.
Kita berharap model ini turut akan diperkenalkan ke pasaran negara nanti. RR
Popular